MRT Sungai Buloh - Kajang kini dibuka kepada orang awam bermula 17 Januari 2017 (17.01.17). Apa yang lebih menarik, sempena dengan pembukaan laluan fasa 2 MRT ini, DISKAUN tambang 50 peratus akan diberikan kepada semua penumpang Mass Rapid Transit (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bus Rapid Transit (BRT) bermula 18 Januari 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Jadi, jom kita manfaatkan perkhidmatan awam yang disediakan ini dengan sebaik-baiknya.
Untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel akan berkongsi serba-sedikit informasi tentang MRT Sungai Buloh - Kajang atau lebih dikenali sebagai SBK Line. MRT Sungai Buloh - Kajang memiliki 31 stesen dengan laluan sejauh 51 kilometer (km) termasuk tujuh stesen bawah tanah.
Setiap stesen MRT mempunyai ciri berlainan. Contohnya, Stesen Merdeka mempunyai elemen kenegaraan di dindingnya. Projek MRT ini berjaya disiapkan dengan kos RM21 bilion, iaitu kurang RM2 bilion daripada anggaran asal iaitu RM23 bilion.
Setiap stesen MRT mempunyai ciri berlainan. Contohnya, Stesen Merdeka mempunyai elemen kenegaraan di dindingnya. Projek MRT ini berjaya disiapkan dengan kos RM21 bilion, iaitu kurang RM2 bilion daripada anggaran asal iaitu RM23 bilion.
MRT Sungai Buloh - Kajang
31 Stesen MRT yang telah dibina untuk laluan Sungai Buloh - Kajang adalah seperti berikut:
- Sungai Buloh
- Kampung Selamat
- Kwasa Damansara
- Kwasa Sentral
- Kota Damansara
- Surian
- Mutiara Damansara
- Bandar Utama
- TTDI
- Phileo Damansara
- Pusat Bandar Damansara
- Semantan
- Muzium Negara (KL Sentral)
- Pasar Seni
- Merdeka
- Bukit Bintang
- Tun Razak Exchange
- Cochrane
- Maluri
- Taman Pertama
- Taman Midah
- Taman Mutiara
- Taman Connaught
- Taman Suntex
- Sri Raya
- Bandar Tun Hussein Onn
- Batu Sebelas Cheras
- Bukit Dukung
- Sungai Jernih
- Stadium Kajang
- Kajang
Tempat Menarik di Sepanjang SBK Line
Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang ini meliputi kawasan-kawasan utama seperti shopping complex, hospital, tempat-tempat tarikan pelancong serta dilengkapi dengan kemudahan parking. Berikut senarai shopping mall dan tempat tarikan utama yang berdekatan dengan stesen-stesen MRT di sepanjang laluan Sungai Buloh ke Kajang untuk rujukan korang semua. Semoga bermanfaat!
Stesen MRT Kota Damansara
Uptown Kota Damansara
Stresen MRT Surian
Sunway Giza
Encorp Mall
Stesen MRT Mutiara Damansara
The Cureve
e-curve
IKEA Damansara
IPC
Stesen MRT Bandar Utama
1 Utama
Stesen MRT TTDI
Taman Tun Wet Market
Stesen MRT Pusat Bandar Damansara
DC Mall
Bangsar Shopping Centre
Pavilion Damansara Heights
Stesen MRT Muzium Negara (KL Sentral)
KL Sentral
NU Sentral
Stesen MRT Pasar Seni
Central Market
Kasturi Walk
Petaling Street
Kotaraya
Stesen MRT Bukit Bintang
Sungei Wang Plaza
Lot 10
Pavilion KL
Low Yat Plaza
Stesen MRT Cochrane
IKEA Cheras
MyTown
Sunway Velocity
Stesen MRT Maluri
Sunway Velocity
AEON Maluri
Stesen MRT Taman Mutiara
Cheras Leisure Mall
Cheras Plaza
EkoCheras
Stesen MRT Taman Connaught
Cheras Sentral
Econsave
Stesen MRT Taman Suntex
You City
Pasar Suntex
Stesen MRT Sungai Jernih
Tesco Kajang
Stesen MRT Stadium Kajang
Metro Kajang
Satay Kajang
Satay Kajang
Korang dah try naik ke belum MRT? Hah, jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang menaiki MRT di instagram, facebook ataupun twitter dengan hashtag #ProjekTravel! Kami teruja nak tengok pengalaman korang semua menaiki MRT dan keunikan di stesen-stesen MRT yang ada. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat especially untuk korang yang merancang untuk keluar berhujung minggu bersama family dengan menggunakan MRT.