Ticker

6/recent/ticker-posts

JOM SERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE DAN MENANGI PERCUTIAN KE SEOUL, PHUKET DAN LANGKAWI


Azam tahun baru 2018 ni nak travel ke beberapa buah negara termasuklah Korea. *lagi best kalau travel kali ni pun ditaja kan. Itu tak mustahil kalau korang sertai peraduan TRAVELOKA FLY & WIN CNY CHALLENGE kerana hadiahnya adalah tiket percutian okay. Hanya dengan menyertainya dengan bermain game yang sangat mudah dan simple, korang berpeluang untuk menang tiket percutian ke Seoul, Phuket dan Langkawi. *amacam best tak?

1.0 TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST

Peraduan yang cukup mudah dan simple yang boleh korang sertai di laman sesawang Traveloka, dimana ianya merupakan sebuah laman sesawang yang berfungsi menyediakan layanan pemesanan tiket pesawat dan hotel secara atas talian.


TARIKH PENYERTAAN | Mini Games Traveloka Fly & Win CNY Contest ini boleh diakses bermula dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Febuari 2018. Kumpul markah tertinggi dan korang berpeluang untuk menang hadiah tiket percutian dari diorang.

1.1 CARA NAK MENYERTAI TRAVELOKA FLY & WIN CNY CONTEST 

Kat sini saya nak buat tutorial cara untuk korang sertai permainan ini. Hanya terdapat beberapa langkah mudah yang perlu korang buat.
  1. Mula-mula navigate ke link Traveloka Fly & Win CNY Challenge.
  2. Kemudian log masuk melalui akaun Facebook korang.
  3. Baca terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  4. Selepas tu barulah boleh mulakan permainan:
    • Tekan anak panah untuk mula.
    • Tekan skrin untuk menerbangkan kapalt terbang.
    • Kumpul sebanyak mana angpow yang ada sepanjang korang masih dalam permainan. Kalau rasa markah yang korang perolehi tu tak memuaskan, korang boleh cuba sebanyak mana yang korang nak.
    • Bila korang dah rasa puashati dengan markah yang korang dapat, korang perlu share markah korang di Facebook sebanyak 5 kali sehari sebelum korang boleh submit penyertaan korang. Maknanya sepanjang tempoh pertandingan ni korang boleh kumpul dan submit markah setiap hari sehingga pertandingan tamat. *ingat lagi tinggi markah lagi besar peluang untuk menang.
Tip mudah dari saya, memandangkan permainan ni boleh diakses di komputer dan juga telefon pintar, saya nasihatkan korang untuk menggunakan telefon pintar kerana ianya lebih mudah dari menggunakan tetikus (mouse) untuk fungsi tap.

1.2 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERADUAN

Berikut pula merupakan syarat-syarat yang perlu korang patuhi kalau nak sertai cabaran ini.

  1. Sila pastikan akaun Facebook yang korang guna tu adalah akaun Facebook yang asli dan bukan yang palsu. Dan contest ni terbuka hanya untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Para peserta wajib follow Traveloka Malaysia Facebook Fan Page.
  3. Para peserta dikehendaki bermain permainan Traveloka Fly & Win CNY Challenge di webpage yang disediakan oleh Organizer.
  4. Para peserta perlu mengisi maklumat di registration page yang disediakan oleh organizer.
1.3 HADIAH UNTUK PEMENANG

5 pemenang dengan score tertinggi bakal memenangi hadiah-hadiah seperti berikut:
  1. 1 x Pemenang Pertama - 6h5m ke Seoul termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
  2. 1 x Pemenang Kedua - 5h4m ke Phuket termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
  3. 1 x Pemenang Ketiga - 4h3m ke Langkawi termasuk kos penerbangan dan tempat penginapan
  4. 2 x Pemenang Saguhati - RM1,000 Traveloka Voucher
2.0 TEMPAHAN HOTEL MELALUI APLIKASI TRAVELOKA

Memang best sangat main mini game ni, sedar tak sedar boleh lupa benda lain yang ada di sekeliling. Bila dok syok main tu tetiba teringat yang hujung ni saya dan kawan akan ke Bali, Indonesia. Hotel pulak belum tempah lagi. Memandangkan di Traveloka juga kita boleh membuat tempahan hotel, jadi dah alang-alang kat website traveloka ni maka kita terus survay lah mana yang terbaik.


TIADA CAS TERSEMBUNYI | Apa yang menariknya kalau tempah melalui Traveloka ni, tiada kos tambahan lain yang tersembunyi. Harga yang dipaparkan adalah adalah harga yang perlu dibayar tanpa sebarang caj tambahan.

DISKAUN | Selain dari itu, korang boleh dapat potongan harga yang ditawarkan oleh Traveloka dan dapat menikmati penjimatan yang sangat hebat.

PERBANDINGAN HARGA HOTEL | Traveloka ni merupakan Website dan aplikasi yang mesra pengguna. Mudah melihat perbandingan harga dan review dari pelanggan-pelanggan lepas yang pernah stay di hotel tersebut. Persembahan photo hotel yang berkaitan juga adalah real dan tidak mengelirukan.

PELBAGAI KAEDAH BAYARAN | Hal yang paling memudahkan bagi mereka yang tidak mempunyai akses perbankan internet, korang juga boleh membuat pembayaran di mana-mana 7Eleven yang terpilih mengikut jumlah yang perlu di bayar. Tak perlu susah payah nak beratur untuk membuat pembayaran dikaunter, cuma terus ke 7Eleven dan terus buat bayaran mengunakan mesin MolPay sahaja.

Banyakkan kelebihan yang korang boleh dapat dengan menggunakan aplikasi Traveloka ni. Berbaloi dan sangat memudahkan korang. Sangat sesuai untuk korang yang terlalu sibuk dengan kerja dan urusan harian. *jadi, apa yang korang tunggu lagi? Ambil telephone pintar korang sekarang dan download aplikasi Traveloka sekarang.

Bila dah ada aplikasi Traveloka ni nanti senanglah korang nak tengok promosi yang sedang berjalan. *sambil menyelam kita minum air laa kan. Hihi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Traveloka ni, korang juga boleh singgah di laman web https://www.traveloka.com/en-my/ . 

Selamat Berjaya dan Selamat bercuti!


Catat Ulasan

3 Ulasan