Ticker

6/recent/ticker-posts

4 TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI MELECET BILA MENGGUNAKAN KASUT BARU

TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET

6 TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI MELECET DENGAN KASUT BARU | Korang perasan atau tidak sekiranya korang membeli kasut baru, korang mesti akan mengalami masalah kaki melecet. Sangat sakit ok bila terkena keadaan tersebut. Admin pernah rasainya. 

Ada juga petua yang meminta korang menggigit kasut tersebut sebelum memakainya untuk mengelakkan daripada kasut tersebut menggigit korang balik. Ini admin tidak tahu sejauh mana kebenarannya. 

Apa pun meh sini admin kongsikan dengan korang 4 tips untuk mengelakkan kaki dari melecet

4 TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET 


1. Bedak bayi

TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET
Kredit gambar: http://www.alodokter.com

Satu cara yang baik untuk mengurangkan geseran antara kaki dan kasut korang adalah dengan menggunakan bedak bayi. Hanya perlu taburkan sedikit bedak bayi ke dalam kasut sebelum pakai. 

Ianya berfungsi dengan baik juga kalau korang yang jenis tak pakai stokin. Walau bagaimanapun, korang perlu pastikan yang kaki korang betul-betul kering.

2. Plaster balut luka

TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET
Kredit gambar: https://prakasita15.blogspot.m

Rasanya cara ini ramai yang dah tahu. Betul tak? Dengan melekatkan pelekat plasters, ianya dapat mengurangkan geseran kulit kaki anda dengan kasut. Admin sangat gemar menggunakan teknik ini. 

3. Deodorant

TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET
Kredit gambar: https://cantik.tempo.co

Sebenarnya admin tidak pernah cuba untuk menggunakan deodorant. Tapi dikatakan deodorant juga membantu untuk menjaga kulit kaki korang dari luka, pedih tau. Hanya perlu sapukan di bahagian yang kerap luka dan lihat hasilnya.

4. Silikon khas untuk kasut

TIPS UNTUK MENGELAKKAN KAKI DARI MELECET
Kredit gambar: http://www.elissmie.com

Secara kebiasaanya sekiranya korang ke farmasi atau pasaraya, silikon yang khas dijual untuk diletakkan didalam kasut anda bagi melindungi kaki korang dari melecet dan tidak selesa. Korang boleh cuba teknik ini. 

Jadi admin berharap sedikit tips ini dapat memberi kebaikan kepada korang nanti didalam mengatasi masalah kaki melecet apabila menggunakan kasut baru nanti.



-TERIMA KASIH-


Catat Ulasan

0 Ulasan