Ticker

6/recent/ticker-posts

PROGRAM EXPLORASI MUZIUM BERSAMA MEDIA SEMPENA HARI MUZIUM SEDUNIA

Seramai 25 pengamal media termasuk saya mewakili Projek Travel telah berkesempatan untuk meneroka pelbagai muzium melalui program Tourism Malaysia Media Challenge : KL Museum Tour, Revisited baru - baru ini. Program berbentuk treasure hunt ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia untuk merapatkan hubungan antara lembaga penggalakkan pelancangon, pihak muzium dan media dengan cara yang lebih menyeronokkan. 


Buat edisi sulung ini, pihak Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia untuk memperingati Hari Muzium Sedunia yang kebetulan jatuh pada hari yang saya sertai aktiviti ini. Sempena dengan Hari Muzium Sedunia, semua muzium telah memberi akses masuk secara percuma kepada semua pengunjung.






Di dalam program explores ini, sebanyak 4 buah muzium utama telah kami terokai iaitu Muzium Diraja, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu dan Muzium Seni Kraf Orang Asli. Jangan lupa berkunjung ke Muzium Diraja kerana sempena dengan pertabalan Yang di pertuan Agong yang baru, pameran ‘ Raja Kita ‘ baru sahaja dilancarkan.





Untuk anda yang ingin melihat koleksi peribadi Yang Dipertuan Agong, ingin melawat bekas Istana Negara dan melihat kekayaan tradisi keluarga Diraja bolehlah luangkan masa dengan membawa ahli keluarga anda kesini. 

Dalam program Tourism Malaysia Media Challenge : KL Museum Tour, Revisited , kami berpeluang untuk melawat pelbagai artifak yang unit dan bernilai tinggi yang dipamerkan di setiap muzium. Dan Hop on Hop Off merupakan pengangkutan rasmi kami dari satu muzium ke muzium yang lain.

salah satu aktiviti dalam program ini, memarut kelapa 
Soalan yang diberi membolehkan kami mengetahui fakta dan sejarah penting disebalik barang - barang pameran yang terdapat di muzium - muzium ini. Hasilnya , kumpulan saya berjaya menjuarai pertandingan ini.



antara artifak yang terdapat di calma muzium 
Buat anda yang belum pernah berkunjung ke muzium - muzium ini,apa kata luangkan masa untuk datang kesini kerana segala - galanya yang ada pada hari ini sejarahnya ada disini. 

Terima kasih 

Tourism Malaysia 
Jabatan Muzium Negara 
Hop On Hop Off Bus

Catat Ulasan

0 Ulasan