Ticker

6/recent/ticker-posts

HAMPAPAI TIWADAK : MAKANAN UNIK MASYARAKAT BANJAR

HAMPAPAI TIWADAK : MAKANAN UNIK MASYARAKAT BANJAR | Assalamualaikum semua.. Sepanjang bulan ramadhan ramai di antara kita banyak yang berkongsi lokasi untuk berbuka puasa mahupun resepi-resepi yang enak-enak belaka untuk hidangan keluarga di rumah. Kami Team Projek Travel juga tidak kurang dalam juga turut berkongsi beberapa lokasi Buffet Ramadhan untuk rujukan para pembaca. Tapi untuk perkongsian kali ini, admin ingin membuat kelainan sedikit dengan berkongsi satu makanan unik masyarakat Banjar yang mampu membuka selera terutama untuk waktu bersahur. Makanan unik yang admin ingin kongsikan ni adalah Hampapai Tiwadak. 

Hampapai Tiwadak : Makanan Unik Masyarakat Banjar

Pernah dengar mengenai Hampapai Tiwadak ? Admin pasti ada di antara anda yang tidak mengetahuinya. Hampapai tiwadak atau ada juga mengelarnya Mandai adalah "Jeruk Kulit Cempedak" dan ia merupakan makanan kegemaran bangsa Banjar yang berasal dari Kalimantan selatan iaitu di Banjarmasin. Makanan ini disukai kerana ia boleh membuka selera sama seperti ikan masin ataupun telur masin. Rasanya yang lemak dan sedikit masam dicampur dengan aroma wangi cempedak memang menjadi pengalaman menarik bagi yang pertama kali mencubanya.

Hampapai Tiwadak : Makanan Unik Masyarakat Banjar
Hampapai Tiwadak (Jeruk Kulit Cempedak)

Cara-cara nak jerukkan kulit cempedak (hampapai tiwadak)

➥ Kupas kulit cempedak dan bersihkan
➥ Potong kulit cempedak kepada saiz yang lebih kecil
➥ Masukkan dalam balang 
➥ Taburkan garam dan masukkan air
➥ Tutup bekas rapat2 dan biarkan selama 2-3 hari

Hampapai Tiwadak : Makanan Unik Masyarakat Banjar
Hampapai digoreng garing

Cara-cara nak masak hampapai tiwadak

➥ Ambil beberapa keping hampapai yang dah dijerukkan
➥ Perahkan airnya dah basuh sedikit untuk kurangkan rasa masin
➥ Potong hampapai dalam bentuk dadu bersama cili dan bawang *tak bubuh pun tak pe
➥ Goreng dalam minyak yang panas
➥ Bila dah garing dan kekuningan, boleh la diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas

Hampapai Tiwadak : Makanan Unik Masyarakat Banjar
Enak digoreng garing atau separa garing, nak lagi sedap boleh tambah cili dan bawang

So, selepas ni jika anda ada membeli buah cempedak, jangan dibuang kulitnya. Cuba buat dan rasai sendiri keenakan Hampapai ni. Tambahan pula untuk bulan Ramadhan ni, hidangan ni sangat sesuai dihidangkan pada waktu sahur. Saya pasti hidangan ini pasti akan membuat anda menambah nasi. Inilah keunikan Hampapai Tiwadak, makanan tradisi masyarakat Banjar.




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Rerenya makanan diorg ye. Mama pun kurang tau wpun husband org banjar

    BalasPadam