Ticker

6/recent/ticker-posts

ISTANA KENANGAN KUALA KANGSAR PERAK PUNYA KISAH SEJARAH


ISTANA KENANGAN KUALA KANGSAR PERAK PUNYA KISAH SEJARAH | Persinggahan di Istana Kenangan Kuala Kangsar Perak semasa program Jelajah Kesultana dan Tradisi Melayu Perak ini terbantut kerana Istana Kenangan ini telah ditutup kepada umum bagi tujuan penambahbaikkan kawasan istana ini. 

Walaubagaimanapun pihak Tourism Malaysia dengan dibantu dengan Destination Perak telah mendapat keizinan untuk kami melihat sendiri keunikkan dan keaslian istana yang sudah lama tetapi masih gagah berdiri.


Melihat dengan lebih dekat admin bagai teruja dengan keindahan stryktur bangunan ini. Ukiran bumbung dan juga jalinan didinding istana ini sangat halus buatannya. Korang boleh lihat betapa indahnya hasil tangan orang Melayu yang menunjukkan perincian bangsa Melayu terlihat pada ukiran dan juga anyaman pada dinding. 

Melalui pembacaan admin, Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas) telah didirikan oleh tukang kayu Melayu yang bernama Haji Suffian dengan dibantu oleh dua orang anaknya, Zainal Abidin dan Ismail pada tahun 1926. Mereka ini berasal dari Seberang Prai.

Istana ini dibina atas titah Almarhum Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) iaitu Sultan  Perak ke-30 sebagai tempat bersemayam sementara. Ini disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi dalam pembinaan. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di  Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga  1935.  

Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama pada hari-hari perayaan Diraja seperti Hari Keputeraan, pelantikan Orang-orang Besar Perak dan lain-lain istiadat Diraja Perak Darul Ridzuan.

KEINDAHAN BINAAN ISTANA KENANGAN


Yang menambah keterujaan admin adalah bangunan 2 tingkat yang masih kukuh ini TIDAK menggunakan sebarang paku besi (paku logam) didalam pembunaan Istana Kenangan ini. Istana ini melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengkagumkan dimana ianya dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.


Bangunan ini dibina di atas 60 batang tiang yang mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Jika korang dapat melihat dari pandangan atas, bentuk bangunan ini kelihatan seperti sebilah keris yang tersimpan di dalam sarungnya. 

Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana dan di tingkat bawah pula dijadikan sebagai pejabat rasmi baginda. Ruangan di tingkat bawah ini berlantaikan simen dan bahagian sekelilingnya ditutup dengan bidai.


Bagi korang yang teringin untuk melihat Istana Kenangan ini dengan lebih dekat, admin sarankan supaya korang simpan dahulu impian korang itu kerana Istana Kenangan ini DITUTUP KEPADA UMUM atas sebab pembaikkan pada bangunan tersebut.

Semoga sedikit perkongsian ini dapatlah gambaran serba sedikit berkenaan kisah sejarah Istana Kenangan Kuala Kangsar Perak ini. 


-TERIMA KASIH-




Catat Ulasan

0 Ulasan