BUFFET RAMADAN 2017 PHILEA RESORT & SPA MELAKA

Jauh dari Kuala Lumpur kami beralih angin ke negeri Melaka. Untuk entry kali ini, kami dari projek travel ingin berkongsi tentang buffet ramadan 2017 di Philea Resort & Spa Melaka. 


Bertemakan Ramadan Heritage Flavours yang diinspirasikan dari pelbagai negeri Philea Resort & Spa Melaka menjajikan menu utama untuk buffet ramadan mereka seperti Sup Kambing Mamak, Kari Kepala Ikan, Asam Pedas Ikan, Daging Gulai Kawah, Daging Panggang bersama Sarawak Black Pepper Sos, Braised Lamb with Chinese Herbs, Rendang Tok, Pajeri Nenas Johor, Gulai Kepala Ikan Utara, Kambing Masala, Bubur Lambuk, Kerang Goreng dengan Cili, Nasi Briyani dan banyak lagi.


Selain tu, Philea Resort & Spa Melaka ada sediakan gerai-geri kecil seakan-akan bazar untuk menambahkan kemeriahan suasana berbuka puasa di sini. Makanan yang disediakan di gerai-gerai ni bercirikan Asia seperti Bukhara Lamb Carcass, Seafood Tempanyaki, pilihan Pasta, Dim Sum, Tandoori Chicken dan pelbagai makanan tempatan seperti Satay Kajang, Nasi Ayam dan Itik, Penang Asam Laksa dan lain-lain lagi.


Untuk pencuci mulut pula, korang boleh menikmati pilihan Tapai Pulut dengan Tapai Ubi. Selain itu Philea Resort & Spa Melaka juga menyajikan pelbagai manisan lain seperti Dodol, Kurma, Kuih Lapis, puding, mousse yang pelbagai dan kek, ais krim dan buah-buahan segar, Ais Kacang kegemaran di Malaysia, Ais Krim Goyang, minuman Kordial, Jus, Kopi, Teh Tarik dan banyak lagi.

Bufet Ramadhan bertemakan 'Heritage Flavours' disediakan setiap hari dari 27 Mei hingga 23 Jun 2017 di Oasis Square, Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka. Kemudahan parking dan surau juga disediakan untuk semua tetamu yang beragama Islam dalam tempoh bufet Ramadhan ini.


Harga Buffet Ramadhan 2017 di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh Melaka
RM 98 nett dewasa
RM 58 nett kanak-kanak/ warga emas
(umur 4-11 Tahun / Warga Emas 60 tahun keatas )

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, sila hubungi bufet hotline Ramadhan di 06232 8336  atau  fb@phileahotel.com.my (e-mel)

------x------



Sempena bulan ramadan resort ini menawarkan pakej Ramadhan eksklusif. Bermula dari 27 Mei hingga 23 Jun 2017, korang boleh stay sini satu malam di Pavilion Room dengan harga RM380 nett. Pakej termasuk breakfast / sahur untuk 2 orang. Kalau nak sekali dengan Buffet Ramadhan pun boleh, just ADD ON RM140 nett untuk dua orang di Oasis Square.

NORMAL PROCE UNTUK PAVILION ROOM IALAH RM1000 SATU MALAM

Untuk Tempahan Ramadhan Pakej ( Penginapan) 

Tel : 06-289 3399
email : resv@phileahotel.com


Catat Ulasan

1 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com