Ticker

6/recent/ticker-posts

BUKAN 'TRAVELLER' BIASA? LAYAN 10 YANG PALING 'COOL' DI KUALA KANGSAR PERAK!

TIPS ISTIMEWA ini buat kamu yang bakal berlibur ke Kuala Kangsar, pastinya mahukan kelainan bukan? 

Kembara Projek Travel minggu ini singgah ke Bandar Diraja Perak, Kuala Kangsar dengan tren ETS dari Stesen Sentral Kuala Lumpur! Dibawakan oleh Tourism Malaysia dan KTMB Holidays, eksplorasi kali ini meneroka tarikan menarik menyelusuri warisan Kesultanan Melayu Perak. Perjalanan penuh selesa dalam koc berhawa dingin lengkap dengan sarapan pagi, kembara selama 2 jam hampir tidak terasa dengan sajian pemandangan alam di sepanjang trek laluan.

Cari kelainan dalam percutian? Nah, Projek Travel senaraikan 10 aktiviti 'cool' yang WAJIB kamu lakukan sementalah berlibur di kota Diraja Kuala Kangsar ini! 

1. Masjid Ubudiah, Bukit Chandan

Hayati senibina tahun 1910 yang bercirikan Morish, bersebelahannya terletak Makam Diraja Perak. Cipta kelainan dengan menziarahi sekitar Makam pemerintah Perak, atau selusuri kemewahan rekaan dalaman Masjid ini - seolah kamu berada di dalam istana!

Tips Instagram menarik: Ambil gambar berlatar-belakangkan Kubah Masjid dari mana-mana arah dengan ruang langit yang luas

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak. Kredit Foto: Nikonites

Makam Diraja Perak yang terletak bersebelahan dengan Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar

2. Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan

Merupakan bangunan istana lama, galeri ini kini menempatkan pelbagai koleksi milik Almarhum Sultan Azlan Shah dan ahli keluarga baginda. Rasai sendiri binaan lantai dan dinding yang telah berusia ratusan tahun sambil mengimbau kenangan pemerintahan Almarhum Sultan Azlan Shah di negeri penuh adat dan sejarah, Perak!

Tips Instagram menarik: Ambil gambar di hadapan laman pancuran bangunan istana lama ini, kamera dari sudut lantai laman ke arah ruang langit

Galeri Sultan Azlan Shah yang juga sebuah Istana Lama 

Koleksi barangan milik Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah

3. Istana Iskandariah, Bukit Chandan

Alang-alang berada di sekitar Bukit Chandan, kamu boleh bersiar secara mengelilingi kawasan istana ini (terletak di kawasan bukit paling tinggi) sambil meninjau halamannya yang cukup luas. Untuk lebih menarik, beranikan diri singgah di pintu gerbang utama istana dan tegurlah mereka yang bertugas, pasti cool!

Tips Instagram menarik: Kalau nak betul-betul menarik, kenalah menaiki bot kecil di jeti Lembah dan ambil gambar Istana dari arah sungai pada lewat petang, berani?

Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Kredit foto: Astro Awani

4. Istana Kenangan, Bukit Chandan

Kesemuanya terletak di dalam kawasan Bukit Chandan, Istana Kenangan atau Istana Kuning adalah satu lagi artifak sejarah yang kamu wajib lawati! Masih dalam proses renovasi, kamu hanya boleh mengambil gambar dari luar perkarangan sahaja. Namun ada yang 'cool' di sini selain nota sejarahnya yang pernah menjadi kediaman kepada beberapa Sultan Perak terawal! Lihat tiang bendera berhadapan Istana Kenangan ini dan bandingkan kedudukan pokok di hadapannya, kenapa tak tegak sekata ya?

Tips Instagram menarik: Berjalan ke arah belakang istana ini, ambil gambar dari sudut tepi (naikkan pencahayaan dan warna ke maksima) dengan lensa di atas rumput ke arah atas, hipster habis!

Istana Kenangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar

5. Lembah (nama tempatan) atau Jalan Tebing, Pinggir Sungai Perak

Yesh, semestinya syurga barangan kraf dan makanan buat kamu! Sukar mendapatkan bubu buluh tradisi, golok, jahitan tekat atau barangan tembaga? Nah, di sinilah hentian setempat buat kamu yang inginkan koleksi 'rare', malah keris turut terjual di sini! Laksa Kuala Kangsar, makanan wajib pabila kamu berkunjung ke sini. Deretan gerai yang menjual pelbagai jenis ikan sungai, ulam-ulaman dan makanan tradisi Perak pastinya menggiurkan kamu!

Tips Instagram menarik: Berjalan ke arah jeti Lembah dan bergambar bersama Cempaka Sari (nak tahu apa? kenalah ke sana) atau berlatar-belakangkan aliran Sungai Perak yang mendamaikan!

Port menarik buat kamu yang gemar bergambar, cari di sebalik deretan gerai di kawasan Lembah!

6. Berbasikal sambil singgah santai di tempat bersejarah sekililing bandar!

Nikmati keindahan bandar kecil ini dengan berbasikal! Jangan lupa singgah ke Pohon Getah Tertua (yang pertama di Malaysia) berdekatan Pejabat Tanah & Galian Kuala Kangsar, Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), replika jet pejuang di pusat bandar (dihadiahkan oleh TUDM kepada Sultan Perak terkini) sambil bergambar di deretan dinding yang terhias oleh mural sejarah bandar ini.

Tips Instagram menarik: Bergambar di deretan dinding mural (belakang kedai) atau pintu bangunan lama usang yang ditumbuhi pohonan menjalar, hipster habis! 

A post shared by mohdfuad.mohdnoor@gmail.com (@mfuad_mnoor) on

Cubalah aktiviti berbasikal mengelilingi bandar bersejarah ini!

Antara mural di sekitar bandar Diraja Kuala Kangsar


Dengan sudut yang betul, kamu boleh bergambar seolah jet ini terbang di udara berdekatan kamu!


7. Ziarah pandai besi (apa tu?) - Satu-satunya pakar tempa keris di Malaysia!

Siapa yang tidak kenal Pak Mazin, seringkali dipinta oleh pihak istana seluruh negara menempa keris kebesaran negeri! Waze Kampung Padang Changkat dan ikuti papan tanda ke rumah Pak Mazin (atau kamu boleh bertanya dengan penduduk sekitar). Lihat cara pembuatan keris secara langsung dan rasai bahang panas melebur besi! Mahu yang lebih menarik, tanyalah Pak Mazin pelbagai kisah misteri sepanjang penglibatan beliau sebagai pandai besi! Jangan lupa singgah ke hasil kraf jahitan tekad berhampiran kediaman Pak Mazin.

Tips Instagram menarik: Bergambar di tempat pembentukan / peleburan besi dengan percikan bunga api indah, namun berhati-hati!

The legend Pak Mazin - pandai besi tempa keris satu-satunya di negara ini!


 Seni kraf jahitan tekad yang terletak berhampiran kediaman Pak Mazin

8. Masjid Ihsaniah Iskandariah

Dibina semasa pemerintahan Sultan Perak ke-30, Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah; Masjid ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung dengan konsep bendera negeri Perak. Kelihatan seakan sama dengan Istana Kenangan di Bukit Chandan, masjid ini adalah salah satu 'spot' gambar menarik buat kamu yang gemarkan kelainan!

Tips Instagram menarik: Rujuk gambar di bawah untuk inspirasi, atau kamu boleh cuba pelbagai sudut kamera yang lain!

 Masjid Ihsaniah Iskandariah




 Nah, edit tahap tertinggi untuk lebih hipster!

9. Suka-Suka Lake Retreat

Kalau kami dah suka tempat ni, kenapa tidak kamu? Deretan rumah tradisional yang dijadikan resort penginapan dengan dekorasi tepian tasik yang sangat cool! Jeti mini, rumah bot, ruang makan yang menganjur ke Tasik Laban, disertakan pula dengan sajian tradisional 'full-board'! Fuh, kami cuma mampu mengatakan tempat ini adalah 'awesome'!

Tips Instagram menarik: Nah, rujuk contoh di bawah! Terlalu banyak sudut menarik mahu dikongsikan.

Rumah Bot di Suka-Suka Lake Retreat

 Jeti mini yang menghadap ke Tasik Laban, kamu turut boleh berkayak di sini

10. Jambatan Victoria - pre-wedding shoot!

Yeah, tak lengkap kunjungan kamu kalau tidak ke Jambatan Keretapi Victoria! Tidak lagi digunakan, jambatan yang dibina pada 1900 merentasi Sungai Perak ini menjadi lokasi indah pelbagai penggambaran perkahwinan dan lain-lain. Dengarnya juga, terdapat kepala yang ditanam di setiap tiang jambatan ini (betul ker?). Apa kata kamu korek rahsianya daripada penduduk tempatan?

Tips Instagram menarik: Ah, berdiri di tengah landasan dengan pemandangan sungai di bawah sudah cukup mengujakan. Namun, awas buat kamu yang gayat ketinggian!

Jambatan Victoria yang dibina pada 1900

Sebelum pulang ke kota, jenguk sebentar di kilang pembuatan Mariwasa Sdn Bhd (masuk percuma!). Apa tu? Yeah, di sinilah segala pingat kebesaran istana, pangkat badan beruniform dibuat. Untung badan kamu dapat melihat sendiri pembuatan Payung Diraja, tempat semayam dan berbagai lagi yang menarik!



Nantikan entri penuh aktiviti di Homestay Labu Kubong, Kuala Kangsar (berserta seni kreatif pembuatan Labu) yang pasti menggamit memori kanak-kanak kamu!

Catat Ulasan

2 Ulasan