Ticker

6/recent/ticker-posts

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SEMPENA RAMADAN 2017

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH SEMPENA RAMADAN 2017 | Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:


…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH 

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Kadar fitrah di Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 setiap seorang.

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH 

Untuk pengetahuan korang, waktu untuk membayar zakat fitrah terbahagi kepada 5:

 1. Waktu Wajib
- Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
- Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
- Sepanjang bulan Ramadan

4.Waktu Makruh
 -Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
- Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Bagi korang yang ingin membuat pembayaran Zakat Fitrah, admin yakin kaunter pembayaran Zakat Fitrah sekarang ini terlalu banyak seperti di masjid-masjid, di pusat membeli belah dan juga terus ke Pusat Zakat Selangor

-TERIMA KASIH-

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Bahaya ni...kalau terleka bayar memang lupa. Amalkan bayar awal ramadhan. Sekadar kongsi pengalaman pernah lupa...akhir ramadahan beberapa tahun lepas.

    BalasPadam