Ticker

6/recent/ticker-posts

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017 | Assalamualaikum semua. Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Syawal. Maka, ramai la warga kota yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Masa ni la kebanyakan pemandu akan stress sebab fenomena kesesakan jalan raya akan berlaku. Jadi sebagai inisiatif, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan Tawaran Rebat Tol untuk pengguna di Lebuhraya Utara-Selatan. Di sini Admin kongsikan info dari Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rujukan semua pembaca.

JADUAL CADANGAN WAKTU PERJALANAN DAN REBAT TOL PLUS SEMPENA AIDILFITRI 2017


CADANGAN WAKTU PERJALANAN DI LEBUHRAYA UTARA SELATAN


Setiap tahun pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Jadi para pemandu boleh merancang perjalanan mengikut Jadual yang ditetapkan bagi keselesaan dan mengurangkan stress tambahan pula sekarang Bulan Ramadhan. Sila rujuk jadual di bawah untuk memudahkan anda merancang perjalanan pulang ke kampung halaman supaya perjalanan anda lebih lancar kerana dijangka sebanyak 1.7 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada hari-hari puncak bersempena dengan perayaan Aidilfitri.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Dan Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017
Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2017 (sumber : www.plus.com.my)

PLUS TAWAR REBAT TOL SEHINGGA 30 PERATUS


Sebagaimana yang kita maklum, mulai 26 April yang lalu, pelaksanaan transaksi tol 100% elektronik telah dilaksanakan di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Jadi, sebelum pulang ke kampung, dinasihatkan agar anda menambah nilai kad Touch 'N Go terlebih dahulu untuk melancarkan perjalanan anda. Sempena cuti raya Aidilfitri pada tahun 2017 ini juga, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol kepada semua pengguna Lebuhraya Utara-Selatan. Sila rujuk Info di bawah untuk memudahkan anda menikmati rebat yang diberikan.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Dan Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017
Rebat Tol PLUS Sempena Aidilfitri 2017

Pemberian Rebat Tol Kepada :
✔ Tarikh pemberian rebat tol selama 6 hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai
✔ Penawaran rebat 30 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles

✔ Penawaran rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS

✔ Penawaran rebat hanya untuk kenderaan Kelas 1 melebihi perjalanan 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuhraya kendalian PLUS

Cara-Cara Untuk Mendapat Rebat Tol :
Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang. Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu melancarkan perjalanan anda pulang ke kampung halaman.Info lanjut mengenai Lebuhraya Utara-Selatan boleh rujuk di http://www.plus.com.my. Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.




Catat Ulasan

1 Ulasan