MAGGI KAMBING PALING SEDAP D'LAILA SUPPOWER | Ada diantara kita cukup gila dengan makanan berasaskan dari daging kambing. Kita boleh tengok sendiri buktinya bila hadirnya bulan puasa. Jika Buffet berbuka itu mempunyai menu kambing panggang, pasti ianya akan mendapat sambutan hangat.
Kalini MR bukan nak bercerita mengenai Kambing Panggang, tetapi ianya berkenaan Maggi Kambing. Secara jujurnya MR bukanlah seorang penggemar kepada daging kambing, malah kadang-kala pandang pun tak mahu. Tapi kali ni cukup berbeza. Hidangan Maggi Kambing dari D'Laila Suppower ni membuatkan MR mengidam untuk mencuba.
Maggi Kambing Kak Laila |
Sangat pelik jika MR katakan seorang yang tidak memakan daging kambing boleh memakan Maggi Kambing ini, malah dimakan sampai licin. Apa yang mencuit hati MR ialah sampaikan tulang kambing pun di pegang dan di gigit sehingga licin isi yang ada. *petanda apakah itu? . Jadi ternyata Maggi Kambing Kak Laila ni cukup sedap dan tidak berbau hamis kambing yang kuat.
Maggi Kambing Kak Laila |
Dulu sebelum adanya menu Maggi Kambing ini, D'Laila Suppower cukup popular dengan kesedapan dan keunikan rasa Mee Udang beliau. Bagi mereka yang pernah rasa makanan yang di buat oleh Kak Laila ni mereka pasti akan bersetuju dengan MR.
Mee Udang Kak Laila |
Bagi mereka yang ingin mencuba Maggi Kambing ni bolehlah ke D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner Nilai. Yang mana ianya berada di Food Court MMA SANTAI CORNER NILAI.
Signboard kedai D'Laila Mee Udang |
Bagi korang yang ingin ke sini tapi tak tahu jalan. Korang boleh terus onkan aplikasi Waze di Smartphone korang. Taip "MMA SANTAI CORNER NILAI". Insyaallah, ia akan bantu korang ke destinasi dengan cepat.
----------------------------------------------------------------
MMA Santai Corner
Putra Point Fasa 2B, Putra Nilai,
71800 Nilai, Negri Sembilan
Masa Operasi:
5 petang ke 12.00pagi
3 Ulasan
nampak sedap! bila lah nak pi kedai kak laila nih...
BalasPadamnampak sedap betul, sayangnya jauh kat somban
BalasPadamtak pernah pergi lagi ...
BalasPadamnanti akan singgah juga kt sini :)
hihi....