Ticker

6/recent/ticker-posts

INFO ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI TAIPING


SEJARAH ZOO TAIPINGZoo Taiping terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping yang cukup popular berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill) . Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti wujudnya aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana alam semulajadi. Zoo Taiping telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Perak, Sultan Idris Shah pada tanggal 7hb. Mac 1964 . Pada awalnya, Zoo Taiping ini dikenali dengan nama Taman Mergastua Sultan Idris Shah, dan ia merupakan zoo pertama dan yang paling tua yang wujud di Malaysia. Zoo Taiping ini juga merupakan satu-satunya zoo yang berada di utara Malaysia.

Foto Zoo Taiping pada 1960an
FAKTA ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI | Zoo Taiping dan Night Safari kini mempunyai keluasan sehingga 36 ekar dan telah ditadbir oleh Majlis Perbandaran Taiping dan diurus oleh Jabatan Zoo & Night Safari. Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakkan di sini adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi. 




NIGHT SAFARI TAIPING | Night Safari Taiping merupakan zoo malam yang pertama yang wujud di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi di sini seakan real apabila dibayangi cahaya ampu yang seakan-akan cahaya bulan di waktu malam. Night Safari Taiping hanya fokus mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan melihat sendiri bagaimana kehidupan sebenar haiwan-haiwan ini di waktu malam.

Night Safari
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman hebat ini. Pengunjung dinasihatkan supaya meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung juga dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu ketenteraman haiwan yang dipamerkan.

Singa
Angsa Putih

Kuda Belang
Sumber info dan foto dari zootaiping


HARGA TIKET MASUK ZOO TAIPING | Berikut merupakan senarai harga yang dikenakan untuk masuk ke dalam Zoo Taiping.


1.Kumpulan melebihi 20 orang - Diskaun 20%.
2.Warga Taiping - Diskaun 30%.
3.Pelajar sekolah - Diskaun 30%.
4.Warga Emas - Diskaun 50%
5.OKU, Rumah Anak Yatim, Kes-kes Kebajikan - Percuma

** Mulai 1hb April 2015 + 6% GST

WAKTU OPERASI | Zoo Taiping dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am. Ianya dibuka bermula seawal 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

Bagi Night Safari pula, ia dibuka bermula jam 8.00 malam sehingga 11.00 setiap malam termasuk Cuti Umum, dan dibuka 8.00 malam sehingga 12.00 malam pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.

Website : zootaiping.gov.my

Catat Ulasan

1 Ulasan