10 TIPS UNTUK BACKPACKER

10 TIPS BACKPACKERS  | Buat mereka yang sukakan mengembara , perkataan Backpackers sudah pasti menjadi sinonim dengan mereka . Backpackers yang diambil dari perkataan backpacking merujuk kepada pengembara yang mengembara dalam kos yang rendah.

10 TIPS  UNTUK BACKPACKER

Jika sebelum ini anda sudah lazim dengan pengembaraan yang agak biasa, apa kata cuba rancang pengembaraan backpackers yang pasti akan melakar pengalaman hebat buat anda

10 Tips Backpackers


  1. >>Rancang destinasi yang ditujui - Adalah amat penting bagi individu ataupun kumpulan backpackers merancang destinasi yang ingin ditujui supaya segala aspek seperti kos perbelanjaan dapat dirancang dan terkawal
  2. >>Susun atur kelengkapan dengan kemas - Anda dicadangkan menyusun atur kelengkapan peribadi seperti pakaian dengan kemas supaya penggembaraan anda lebih lancar dan teratur.Adalah dicadangkan anda mengamal konsep less is more 
  3. >>Simpan duit di beberapa tempat / bahagian - Jika terdapat kecemasan seperti kehilangan wang, dengan adanya duit yang di simpan di beberapa tempat selain beg duit mampu menyelamatkan anda 
  4. >>Gunakan perkhidmatan kenderaan awam - Rata - rata penggembara sering melakukan kesalahan ini dengan menyewa kenderaan dengan kadar sewa yang mahal. Apa kata gunakan perkhidmatan kenderaan awam yang sudah pasti menjimatkan kos 
  5. >>Laporkan kepada keluarga atau pihak berkuasa - Jika anda memilih untuk mengembara seorang diri, jangan lupa untuk beritahu ahli keluarga mengenai percutian anda . Bagi yang ingin mengembara lasak seperti di dalam hutan. pastikan anda membuat laporan bagi memberitahu kehadiran anda disana 
  6. >>Belajar dan kuasai bahasa tempatan  - Jika anda berkunjung ke sesebuah negara, cuba elajar dan kuasai bahasa tempatan. Banyak kelebihannya jika anda dapat kuasai bahasa tempatan 
  7. >>Menginap di Asrama - Bagi menjimatkan kos, adalah dicadangkan jika anda menginap di asrama. Bukan sahaja menjimatkan wang, malah anda mungkin berjumpa dengan kawan baru
  8. >>Makanan sendiri - Jangan lupa untuk bawa makanan sendiri seperti bar tenaga yang dapat membantu anda untuk kekal aktif dan bertenaga 
  9. >>Awas dengan penyeluk saku dan ulat tiket - Dapatkan tiket perkhidmatan kenderaan awam sebagai persiapan awal bagi mengelakkan daripada terkena umpan ulat tiket 
  10. >>Persiapan ubat  - ubatan - Persiapan awal ini dapat membantu sekiranya penggembara berada dalam kecederaan. 
Semoga dengan 10 Tip Untuk Backpacker ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam merancang perjalanan anda. Selamat mengembara

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Good info....plan A...plan B dan kami selalu nya ada plan C...Jika berlaku lebihan masa. Perlu mesra alam dengan pen duduk setempat supaya senang dapat info semasa. Elakan memberitahu lokasi perjalanan yang akan datang pada orang kita baru kenal.

    BalasPadam
  2. tips best ! boleh apply bila travel nnt~

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com