Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra | Pelayaran bersama Pak Nil Part 1

Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra  | Pelayaran bersama Pak Nil Part 1 | Dengan izin Allah, buat pertama kalinya team #projektravel telah berpeluang untuk menyertai #PelayaranPeminatBersamaPakNil ke Phuket dan Krabi, Thailand . Program pelayaran ini adalah sempena cuti sekolah pada 30 November hingga 3 Disember 2014 yang lepas

30 November 2014


4.45am : Seawal 4.45 pagi kami mula bertolak ke Times Square. Kalau diikutkan pada tentatif program. Kami perlu berkumpul disana untuk menaiki bas ke Penang pada seawal jam 6.00 pagi.

6.00am : Alhamdulillah, tepat jam 6.00 pagi kami telah berkumpul disana sepertimana yang telah dijanjikan. Di Times Square ni merupakan pick up point untuk semua peserta pelayaran yang tinggal di area Kuala Lumpur dan Selangor. Jika peserta dari negeri lain atau berdekatan dengan Penang, kebiasaannya mereka akan terus tunggu di Penang Port Swettenham Pier Cruise Terminal ] dimana tempat Pelabuhan Star Cruises Libra yang bakal kami naik.

6.45am : Hampir jam 7.00 pagi, kami telah mula menaiki bas masing-masing untuk menuju ke Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ] . Memandangkan ramai yang masih belum breakfast, dalam perjalanan kami sempat singgah di RnR Tapah sekejap untuk breakfast. Selepas setengah jam, kami meyambung kembali perjalanan menuju ke Port Penang.

12.00pm : Alhamdulillah, tepat jam 12.00 tengahari, rombongan kami telah selamat sampai di Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ] .

Bergambar bersama Kak Ana di Penang Port [ Swettenham Pier Cruise Terminal ]

Alhamdulillah, cuaca di Pulau Pinang panas dan tidak hujan memudahkan lagi urusan kami disini.

12.15pm : Kami sudah mula memasuki area imegresen sebelum masuk ke dalam kapal. Disini kami perlu sentiasa bersiap sedia dengan Passport dan memastikan ia berada di tempat yang selamat dan mudah untuk dicapai untuk kelancaran urusan di imegresen. *Bertabahlah korang beratur kerana sudah semestinya korang kena pandai mengatur masa untuk megambil peluang beratur mengambil giliran. Sebelum itu juga , kami telah menerima ID kad yang bakal menggantikan IC kami sepanjang berurusan di atas kapal.

Menunggu giliran untuk pelepasan imigresen
1.30pm : Pintu dibuka untuk laluan masuk ke Superstar Libra. Bermula dari sini, masing-masing semakin excited kerana ini adalah percutian dan kerja kami team #projektravel yang pertama bersama. 

Sebelum menaiki kapal
Ia seolah-oleh memanggil kami supaya merakam setiap detik indah kami untuk dijadikan sebagai kenangan. *terima kasih Zul, untuk kamera yang awesome nie

Sebelum menjejakkan kaki ke dalam Kapal
Tepat jam 1.00pm, kami telah berada di dalam Kapal Mewah Superstar Libra yang bakal membawa kami berlayar ke Phuket dan Krabi. Di sinilah bagasi kami akan di scan dan bermulalah IC kami tak akan berfungsi lagi dan ID kad yang telah kami terima tadi menjadi penggantinya sepanjang masa percutian. 

*Apa yang admin nak nasihatkan. Oleh kerana kad itu akan digunakan untuk setiap urusan termasuk urusan pembelian di atas kapal. Kad itu mesti disimpan seperti nyawa kita sendiri untuk mengelakkan, orang lain menggunakan kad kita untuk urusan peribadi seperti membeli sesuatu. Di akhirnya sudah pasti kita yang perlu membayarnya.

1.09pm : Selesai urusan, kami terus ke bilik, bersiap untuk event pertama kami bersama Pak Nil. *Untuk pengetahuan korang, ID kad tu juga merupakan kunci kepada bilik kami

Cabin yang boleh muat sehingga 3 orang dalam satu masa
Sebelum Admin terlupa, Pelayaran bersama Pak Nil ini adalah anjuran Malaysian Harmony Tours and Travels. Terima kasih juga kepada Kak Ana yang banyak membantu kami.

Selesai Admin cerita Part I untuk kisah Pengalaman Pelayaran Bersama Superstar Libra ni. Nantikan sambungannya untuk Part II dan seterusnya. 

Catat Ulasan

3 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com