Ticker

6/recent/ticker-posts

Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong | Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara

Perkara Penting Sebelum Dan Ketika Melancong | Tips Melancong Dan Bercuti Keluar Negara | Pernahkah korang melancong ke luar negara? Jika sebelum ini, kami pernah berkongsi dengan anda mengenai 25 TIPS MENGEMBARA UNTUK KALI PERTAMA. Kali ini, kami ingin berkongsi pula dengan anda mengenai beberapa tips untuk anda melancong ke luar negara.


PASSPORT | Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. JikaPASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda di wajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Sila rujuk Pasport Malaysia Antarabangsa .

SENARAI HITAM | Sebagai peringatan anda juga digalakkan untuk menyemak nama anda bersih daripada senarai hitam untuk keluar negara. Sila rujuk Semakan Status Kawalan Imigresen .

TUKAR MATAWANG | Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.*sila ambil berat tentang hal ni kalau korang tak nak mengemis di negara orang huhu.

KAD ATM | Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.

TIKET PESAWAT | Pastikan Tiket Pesawat (jika korang menaiki kapal terbang) anda sudah ditempah terlebih dahulu. Periksa tarikh dan masa untuk mengelakkan korang tidak tersalah beli tiket. Bagi mereka yang inginkan tambang penerbangan yang murah, beli tiket pesawat ketika promosi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan korang.

PENGINAPAN / HOTEL | Tempah hotel penginapan anda. Sekarang banyak kemudahan di laman sesawang untuk tempahan hotel penginapan. Korang hendaklah membaca fahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan hotel. Paling penting tarikh dan tempat yang hendak di tuju. Ini untuk mengelakkan korang kerugian dan ada charge tersembunyi .

TELEFON BIMBIT | Telepon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa untuk memaklumkan kepada keluarga terdekat atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Make sure bagi no telefon bimbit anda yang aktif di negara tersebut untuk senang berkomunikasi jika ada sesuatu.

UBAT-UBATAN | Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. Nanti anda tidak dapat menikmati suasana bercuti. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi. Ini penting untuk masa-masa terdesak.

BAGASI | Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari. *jangan biarkan percutian anda menjadi tragedi

UNDANG-UNDANG | Sila fahami dan patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati untuk mengelakkan korang dikenakan denda.

KAMERA | Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan.

Tip tambahan : Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti. Ini adalah untuk keselamatan rumah bila korang meninggalkan rumah dalam masa yang lama.

Apapun, semoga bermanfaat dan selamat bercuti kepada semua. 

Sumber_www.mawardiyunus.com

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. tips menarik.. tq for sharing.. :)

    BalasPadam
  2. Good tips! penerbangan tambang murah tu mungkin selesa untuk perjalanan sekitar 1 - 6 jam. Lebih daripada tu, kalau berkemampuan disarankan belilah penerbangan penuh (full-fledged airline). Sakit belakang jugak kalau dah 8 jam - 12 jam tu. lagi-lagi kalau bawak anak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan awak nota kembara. thanks for sharing ya ")

      Padam
  3. alhamdulillah masih belum disenarai hitam. balik travel janji sambung bayar PTPTN . ehh

    BalasPadam