Ticker

6/recent/ticker-posts

Keenakan Ayam Kilau Menu Baru Di The Chicken Rice Shop (TCRS)


Sempena bulan ramadan yang mulia ni, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya. Menu ini tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS. Untuk pengetahuan korang, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) pada bila-bila masa!


Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

Tempohari, saya berkesempatan bersama kawan-kawan berbuka puasa dengan set untuk 4 orang. 2 kali juga cubaan kami nak berbuka puasa dekat TCRS ni. Tapi untuk kali pertama kecewa sebab menu ni habis. Untuk set 4 orang ni ada menu tambahan yang lain juga. Alhamdulillah, memang kekenyangan kami makan.


The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.


Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk merasai sendiri keenakan menu terbaru ni. Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau di TCRS ni, korang boleh layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/








Catat Ulasan

0 Ulasan