Ticker

6/recent/ticker-posts

Senarai 5 Tempat Menarik Edisi Kesenian Di Kelantan

Senarai 5 Tempat Menarik Edisi Kesenian Di Kelantan

Tahukah kalian bahawa negeri Kelantan juga dikenali sebagai Gedung Budaya? Apa hebatnya negeri ini dan kenapa agaknya Kelantan digelar sebagai Gedung Budaya?

Kelantan mempunyai beberapa warisan hebat yang tidak terdapat di negeri lain atau negara lain. Antara warisan-warisan tersebut adalah seperti dikir barat, main puteri, wayang kulit, mak yong, dikir laba, rebana mangkuk dan tarian wau bulan. Malah ada sebuah buku yang ditulis oleh Anuar Musa & Nasirin Abdillah (2018) yang memberi tajuk 'Kelantan Gedung Budaya Negara' (Kota Gelanggang Budaya).

Jadi, negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kekayaan seni warisan tradisi dan budaya Melayu lama yang menjadi identiti dan kebanggaan bangsa Melayu hingga ke pelusuk dunia. Untuk memelihara warisan, ianya bukanlah kerja yang mudah tetapi jika rakyat sesebuah negeri itu dapat bersatu-padu dan bekerjasama serta menghargai sejarah yang ada, InsyaAllah ia mungkin dapat kita sama-sama pertahankan sebelum iannya hilang ditelan zaman.

Bagi kalian yang ingin mengenali lebih dekat budaya dan warisan yang ada di sini, min cadangkan untuk korang lawati tempat-tempat yang min senaraikan di bawah ni.

Cadangan tempat pelancongan menarik yang berkaitan dengan KESENIAN di sekitar negeri Kelantan

1. Gelanggang Seni

Gelanggang Seni, terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu. Ianya menjadi sebuah lokasi pusat dimana sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing.

Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan disini ialah seperti wayang kulit, dikir baratRebana Ubi, permainan gasing, seni silat tari, dan wau bulan

2. Galeri Wayang Kulit Pak Daim

Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan (‘Kelantan Traditional Malay Shadowplay Gallery’) terletak di Simpang Tiga Morak, Palekbang dalam Jajahan Tumpat. Selain sebagai tempat persembahan wayang kulit dan pameran, galeri yang mirip seakan muzium mini ini ada menyediakan bengkel bagi mereka yang berminat untuk belajar dan membuat wayang kulit sendiri.

3. Galeri Wau Pak Sapie & Wan Anuar

Galeri Wau Pak Sapie Dan Wan Anuar telah dibuka pada tahun 1980an lagi dan ianya cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Galeri ini kini telah diambil alih oleh legasi beliau anaknya, Wan Anuar, anak bongsu kepada pembuat wau terkemuka arwah Pak Sapie. Di galeri ni, pengunjung yang berminat boleh membeli wau yang diingini dengan harga serendah RM100. Selain itu, galeri ini juga turut mempamerkan pelbagai koleksi wau dari zaman Pak Sapie lagi sehingga sekarang. 

Pelbagai jenis koleksi wau yang ada disini seperti wau bulan, wau puyuh, wau jala budi, wau kucing,  wau sobek dan banyak lagi. Galeri ini terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

4. Balai Seni Lukis Kelantan

Balai Seni Lukis Kelantan terletak di bangunan bersebelahan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) di Jalan Sultan Ibrahim dan diuruselia oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Struktur bangunan Balai Seni Lukis Kelantan ini mempunyai dua tingkat. Tingkat bawah digunakan untuk pameran koleksi di mana sebanyak 73 buah lukisan dipamerkan. Manakala di tingkat atas dijadikan satu ruang untuk Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) mempamerkan hasil karya mereka.

Selain itu, ruangan ini juga akan digunakan untuk pameran berkala serta aktiviti-aktiviti lain seperti bengkel lukisan dan pertandingan melukis yang dianjurkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

5. Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre 

Kota Bharu 3D Art & Heritage Centre (KB3D) terletak di Tingkat 1, Bazar Tengku Anis ialah pusat kesenian dan warisan berasaskan lukisan tiga dimensi (3D) yang pertama dan terbesar di Pantai Timur. Galeri ini dibina dengan keluasan keseluruhan bersaiz 12,000 kaki persegi yang mempamer 45 galeri dan menyediakan kemudahan letak kereta yang luas, tangga bergerak, permandangan yang cantik, ruang menunggu, kaunter tiket, tandas pengunjung yang bersih dan galeri jualan.

Galeri ini beroperasi pada setiap hari bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dengan tiket RM7 bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah serta RM15 untuk dewasa. FACEBOOK

Semoga senarai 5 tempat menarik edisi Kesenian di Kelantan seperti di atas memberi kalian inspirasi & kemudahan untuk merancang percutian di Negeri Che Siti Wan Kembang pada masa akan datang. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat cuti-cuti Malaysia di Kelantan. Wassalam.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan