Ticker

6/recent/ticker-posts

Flight Delay? Apa Yang Boleh Kita Tuntut

Flight Delay? Apa Yang Boleh Kita Tuntut | Tahukah kalian bahawa, jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi semunasabahnya menjangkakan kelewatan suatu penerbangan sekurang-kurangnya dua jam di luar waktu perlepasan yang dijadualkan atau dalam hal jika suatu penerbangan dibatalkan, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah menawarkan pampasan dan penjagaan kepada penumpang yang berkenaan.

Dibawah Akta Suruhan Jaya Penerbangan "Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016". Kalian boleh meminta dan mendapatkan hak kalian jika hal-hal ini terjadi.

Flight Delay dua (2) jam atau lebih : Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

Flight Delay Lima (5) jam atau lebih : Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma
(a) penginapan hotel dalam hal
  (i) di mana penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu; atau 
 (ii) di mana penginapan tambahan kepada yang dirancang oleh penumpang adalah perlu; dan 
(b) pengangkutan antara lapangan terbang dengan tempat penginapan (hotel atau yang lain).

Pembatalan penerbangan :
(1) Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara
(a) pembayaran ganti dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk cukai dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan rancangan perjalanan asal penumpang, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
(b) perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.

(2) Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang penumpang penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan penumpang itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh penumpang itu.

Jadi, tuntutlah hak anda sebagai pengguna dengan cara yang betul. Semoga info mengenai hal yang boleh di tuntut juka flight delay ini dapat membantu pada masa akan datang. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat bercuti min ucapkan. Wassalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com