Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambutan & Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2023 Di Malaysia

Tahun Baru Cina 2023

Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan terpenting bagi masyarakat Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar gamari Cina. Seperti yang kita ketahui, kalendar gamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama-nama haiwan. Pada tahun 2023, ianya jatuh pada tahun Arnab.

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2023

Mengikut kepercayaan masyarakat Tiong Hua khususnya yang berada di Malaysia, Tahun Baru Cina adalah melambangkan permulaan iaitu titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Kaum keluarga yang berkumpul akan makan besar dan golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau. Wang ang pau akan diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin dalam sampul merah yang melambangkan nasib baik,

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan mengikut kepercayaannya bagi menghalau puaka dan nasib malang. Setiap rumah akan dihias dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamun yee sang dan kuih bakul.

Sebagai info tambahan, Lima belas (15) hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan akan ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina Tahun 2023

Tarikh Tahun Baru Cina di Malaysia jatuh pada hari Ahad iaitu 22 Januari 2023. Berikut min nak kongsikan maklumat tarikh cuti Tahun Baru Cina 2023 di seluruh Malaysia. 
  • 22 Januari 2023 (Ahad) : Semua Negeri
  • 23 Januari 2023 (Isnin) : Hari Kedua Semua Negeri
  • 24 Januari 2023 (Selasa) : Cuti Ganti Tahun Baru Cina Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Selamat Tahun Baru Cina 2023 . Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Kuai Le. Semoga kita dilimpahi rezeki, kasih sayang, kesihatan berlipat kali ganda. Bersyukur dengan segala nikmat dan ketentuannya.

Catat Ulasan

0 Ulasan