Ticker

6/recent/ticker-posts

KAFE VIRAL SUMMER THON DI NARATHIWAT BERBALOI UNTUK DIKUNJUNGI

Summer Thon Narathiwat Beach, Thailand.

Summer Thon Kafe merupakan sebuah restauran unik menyajikan makanan halal thai yang terletak betul-betul di persisiran Pantai Ban Thon, Narathiwat dengan pemandangan yang cukup damai dan mengagumkan.





Summer Thon ini dibina berkonsepkan minimalis, dan dikatakan baru sahaja dibuka sekitar hujung tahun 2022 yang lepas. Kafe ini menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana makanannya yang sedap dan murah bagi kita sebagai pelancong dari Malaysia, malah ianya juga kerana lokasi dan suasananya yang sangat santai dan senibinanya direka khusus untuk bergambar serta berada di garisan trafik pesawat yang mendarat atau berlepas di #narathiwatairport yang berdekatan menjadikan ia sebuah suasana yang jarang ditemui di tempat lain.


**Dapatkan jadual penerbangan serta spot yang menarik dari krew kafe untuk memburu visual kalian!

MENU WAJIB CUBA DI SUMMER THON


Banyak menu menarik dan sedap yang boleh kalian cuba kalau ke sini. Bagi peminat makanan thai, antara menu wajib untuk korang cuba adalah Maggi TomYam, Sotong Telur Masin ni. Selain itu, ada juga hidangan western lain yang korang boleh cuba.

Maggi TomYam
Sotong Telur Masin
Untuk minuman pula, min sangat recommend kan kalian untuk oder air kelapa. Selain air kelapa yang sering dipesan, kopi juga salah satu minuman yang menjadi pilihan pengunjung.


**Mereka hanya menerima matawang baht sahaja. Jika kalian kekurangan matawang tersebut, mereka juga ada khidmat money changer.

Kredit Photo : Hocy Komrad Puteh

BAGAIMANA UNTUK KE SINI DARI MALAYSIA

Summer Thon Kafe terletak sekitar 45 - 1jam 15 min pemanduan kereta dari sempadan Rantau Panjang, Malaysia - Sun-gai Kolok (Golok), Thailand. 

Lokasi : Pantai Ban Thon, Narathiwat
Hari Operasi : Dibuka setiap hari
Waktu Operasi : 10.30am - 07.30pm (bergantung pada cuaca)
Untuk tempahan meja, kalian boleh hubungi mereka di 082-193-4435.

Facebook : Summer Thon
Instagram :  @summer.thon

Narathiwat merupakan sebuah wilayah yang besar dan mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Nantikan perkongsian kami selanjutnya. Semoga artikel di atas memberi anda inspirasi & kemudahan untuk merancang percutian di Narathiwat Thailand pada masa akan datang. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Wassalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com