Ticker

6/recent/ticker-posts

LOKASI ACARA SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017

LOKASI ACARA SUKAN SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017 | Assalamualaikum semua. Tahun ini merupakan tahun yang bertuah buat negara kita kerana sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29. Kali terakhir temasya sukan ini diadakan di negara kita adalah pada tahun 2001. Ini bermakna sudah 16 tahun dan kini bersempena 60 tahun merdeka, sukan ini kembali dianjurkan di negara kita. 

Lokasi Acara Sukan SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017
Sukan SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017

Justeru itu, kita harus berbangga dan mengambil peluang ini untuk memberi sokongan yang padu terhadap semua kategori sukan terutama kepada pasukan negara kita sendiri. Menampilkan Tema Sukan SEA kali ini iaitu `Bangkit Bersama’, semoga tahun ini Malaysia akan mengungguli Carta Pingat seterusnya menjadi Juara Keseluruhan untuk Acara Sukan SEA ke-29.

Lokasi Acara Sukan SEA KE-29 KUALA LUMPUR 2017
Senarai Lokasi Bagi Acara Dipertandingkan [Sumber : www.bharian.com.my]

Bagi anda yang ingin melihat sendiri semua acara yang dipertandingkan, berikut Admin senaraikan lokasi bagi acara yang dipertandingkan untuk rujukan anda :

AKUATIK - Kompleks Sukan Bukit Jalil
ANGKAT BERAT - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
BADMINTON - Arena Axiata, Kompleks Sukan Bukit Jalil
BASIKAL - Dataran Nilai, Dataran Putrajaya, National BMX Arena Nilai & Veledrome National
BILIAR & SNUKAR - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
BOLA JARING - Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara
BOLA KERANJANG - Stadium MABA, Jalan Hang Jebat
BOLA SEPAK - National Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium UITM Shah Alam & Arena Stadium UM
BOLA TAMPAR - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
BOLING PADANG - Kompleks Boling Padang, Bukit Kiara
EQUESTRIAN - 3Q Equestrian Centre, Rawang & Terengganu International Endurance Park
GIMNASTIK - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
GOLF - Empire City Ice Arena, Damansara Perdana
HOKI - Stadium Hoki, Bukit Jalil
HOKI AIS - Empire City Ice Arena, Damansara Perdana
JUDO - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
KARATE - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
KRIKET - Kinrara Oval, Puchong
LAWAN PEDANG - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
MEMANAH - Padang Rumput Sintetik Kompleks Sukan Bukit Jalil
MENEMBAK - Kompleks Menembak Negara Subang, Selangor
MUAY - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
OLAHRAGA - Kompleks Sukan Bukit Jalil
PELAYARAN - Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi
PENCAK SILAT - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
PETANQUE - Taman Rekreasi Pudu Ulu (Arena Petanque)
PING PONG - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
RAGBI 7 SEBELAH - Stadium MBPJ, Kelana Jaya
SKUASY - Pusat Skuasy Kebangsaan Bukit Jalil Raintree Club, Kuala Lumpur
SUKAN AIR & WAKEBOARD - Kompleks Sukan Air Putrajaya
TAEKWANDO - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
TAKRAW - Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
TENIS - Komplek Tenis Bukit Tunku, Kuala Lumpur
TENPIN BOLING - Sunway Pyramid
TINJU - Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa (MITEC)
TRIATLON - Kompleks Sukan Air Putrajaya
WUSHU - Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

RUJUKAN JADUAL ACARA DAN PEMBELIAN TIKETwww.kualalumpur2017.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan