FAKTA DI SEBALIK SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Nampaknya, sekarang ini semua orang dalam "mood" Sukan SEA 2017. Mana taknya, kalau dah kita sendiri jadi tuan rumah, jadi semangat tu sudah tentu berkobar-kobar lain macam. Betul tak? Untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel akan berkongsi tentang sejarah Sukan SEA yang mungkin ramai lagi tak tahu. Dan paling menarik, secara eksklusif kami nak kongsikan fakta di sebalik penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. At least, sedikit-sebanyak dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua. Jom, cekidout!


RiMAU - Maskot untuk Sukan SEA 2017


1. Dulu Sukan SEAP, sekarang Sukan SEA


Dahulunya sukan SEA dikenalai sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara). Sukan SEAP mula diadakan pada tahun 1959 yang disertai oleh 6 buah negara serantau iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos. Untuk edisi yang pertama, Sukan SEAP mempertandingkan 12 acara sukan.


2. Sukan SEA 2017 sepatutnya di Brunei


Berdasarkan sistem giliran yang diperkenalkan, sepatutnya Brunei dipilih menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA 2017 dan diikuti Malaysia untuk tahun 2019. Walaubagaimanapun, Brunei telah memaklumkan bahawa mereka belum bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.


3. Sukan SEA Kuala Lumpur 2017


Pada 14 Julai 2012, Pesekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017. Tawaran daripada SEAGF dipersetujui oleh Malaysia dan hari ini, apa yang kita dapat saksikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sedang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang.


4. Filipina, Vietnam dan Kemboja bakal menjadi tuan rumah


Pada tahun 2019, sukan dwitahunan ini akan diadakan di Filipina dan kemudiannya di Vietnam pada tahun 2021. Untuk tahun 2023 pula, Kemboja dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan SEA buat pertama kalinya dalam sejarah.

5. Sukan Para ASEAN


Sukan Para ASEAN yang pertama pula telah diadakan pada tahun 2001 di Malaysia. Kemudian, ia diikuti oleh Vietnam (2003), Fillipina (2005), Thailand (2007), Laos (2009), Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan Singapura (2015).

6. Kali ke-6 di Malaysia


Untuk pengetahuan semua, Malaysia pertama kali menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1965. Sehingga kini, Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk temasya sukan dwitahunan di rantau Asia Tenggara sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001. Untuk Sukan SEA 2017, ini merupakan kali ke-6 Malaysia menjadi tuan rumah.

7. 111 Pingat Emas


Ketika Sukan SEA 2001 yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan merangkul 111 pingat emas. Pencabar terdekat pada ketika itu adalah Thailand dengan 103 pingat emas. Indonesia pula berada di tempat ke-3 dengan 72 pingat emas. Jadi, korang dah tahu kan dari mana datangnya sasaran 111 pingat emas untuk Sukan SEA 2017?

8. Selepas 16 tahun, kini kembali di Kuala Lumpur


Pendek kata, temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mencatat sejarah baru apabila Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah selepas 16 tahun. Sukan SEA merupakan temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara. Untuk rekod selaku tuan rumah, nampaknya Malaysia menyamai rekod yang dipegang oleh Thailand iaitu sebanyak 6 kali.


Macam mana, ada info yang baru korang tahu tentang penganjuran Sukan SEA 2017? Hah, jangan lupa share dengan member-member. Kalau korang berpeluang menyaksikan apa jua acara Sukan SEA 2017 secara langsung di venue-venue yang ada, jangan lupa kongsikan gambar anda di instagram dengan hashtag #ProjekTravel.


Kepada team Malaysia, kami di Projek Travel mengucapkan selamat maju jaya. Semoga kontinjen negara mampu mencapai sasaran 111 pingat emas untuk Sukan SEA 2017. Kepada semua atlit yang telah meraih pingat emas, tahniah diucapkan. Ayuh, #BangkitBersama dan #KitaJuara!

Catat Ulasan

0 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com