Ticker

6/recent/ticker-posts

HARUS CUBA: LOKASI GAYA ACARA MEWAH DE'GOUFFRON TTDI!

Yes, kamu harus cuba - gaya acara mewah di pinggir Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur!

De’Gouffron yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur kini membuka ruang acaranya kepada penganjur luar untuk mengelolakan sebarang aktiviti pelancaran khas, termasuk majlis perkahwinan dan makan malam korporat. Dibuka sejak 2015, De’Gouffron sehingga hari ini telah menganjurkan pelbagai acara yang melibatkan golongan korporat dan selebriti.


De’Gouffron (Gouffron Sdn Bhd) yang merupakan anak syarikat kepada Nubex Sdn Bhd yang diasaskan oleh Mohd Faizal Mohd Nor, graduan universiti dari Western Michigan, Amerika Syarikat dan pernah mengetuai jabatan di beberapa organisasi termasuk sebagai Naib Presiden di bank Al-Rajhi. De’Gouffron yang berkeluasan 8,180 kaki persegi dilengkapi dengan pentas rekaan terkini, sistem audio visual dengan teknologi semasa, dekorasi mewah dan elegen, perkhidmatan katering, servis pengangkutan termasuk koordinator trafik untuk pergerakan pergi-balik ke dewan acara. Mudah-kan?



Lokasi De’Gouffron yang terletak strategik di lingkungan lebuhraya Damansara-Puchong berhadapan IKEA Damansara dan Mutiara Damansara, boleh memuatkan sehingga 1,500 tetamu untuk set buffet bebas dan 600 tetamu untuk set makan formal dalam dekorasi dewan berhawa dingin dengan kemasan hamparan rumput hijau mewah. De’Gouffron menawarkan harga pakej serendah RM29.90 seorang untuk pakej perkahwinan lengkap termasuk katering, pelamin, hiasan dekorasi dan pramusaji manakala untuk acara lain, harga tertakluk kepada keperluan. Murah dan mewah, siapa yang tidak mahu?


“De’Gouffron adalah hentian setempat untuk penganjuran acara berskala besar, di dalam dewan tertutup berhawa dingin yang serba mewah sebagai alternatif kepada yang inginkan kelainan, contohnya konsep acara dalam taman. Pengalaman pasukan De’Gouffron dalam mengendalikan pelbagai acara pasti membantu para penganjur dalam memastikan perjalanan acara lebih lancar,” ujar Mohd Faizal Mohd Nor, Pengarah Urusan Gouffron Sdn Bhd yang juga adalah Presiden untuk syarikat Nubex Sdn Bhd.




Untuk maklumat lanjut berkenaan De’Gouffron, kamu boleh layari www.gouffron.com Ikuti laman sosial mereka menerusi laman Facebook dan Instagram @de.gouffron untuk acara dan promosi terkini.