Ticker

6/recent/ticker-posts

HARUS CUBA: 5 PENGINAPAN PALING 'RARE' DI KUALA KANGSAR, PERAK!

Kembara Projek Travel mengikuti rombongan Tourism Malaysia ke Kuala Kangsar pada Mei 2017 lalu turut meneroka penginapan 'best' di bandar di-Raja ini. Sekiranya kamu seringkali bercuti ke tempat pelancongan di kawasan sekitar bandar ini, apa kata kali ini cuba kembara inap atau 'inap-hopping' dan rasai pengalaman malam yang berbeza!


Nah, kami senaraikan 5 penginapan 'rare' WAJIB singgah demi memori malam yang istimewa di bandar cukup tenang ini - hanya untuk pengembara kental seperti kamu!

1. Double Lion Hotel

Terletak di Jalan Kasa, Bandar Baru, Kuala Kangsar; hotel ini adalah hotel pertama dibuka secara komersil di pekan Kuala Kangsar pada tahun 1984! Untuk yang gemarkan pengalaman vintaj mahupun gaya klasik, kami sarankan kamu menginap di sini untuk memori unik! Benar-benar untuk personaliti yang berjiwa kental namun utuh dengan nilai estetika.

Double Lion Hotel dalam bangunan vintaj - kredit gambar: Traveloka

Kemasan bilik penginapan di Double Lion Hotel, imbau awal 80-an - kredit gambar: Traveloka

2. Sayong Resort


Satu-satunya resort separa mewah untuk seisi keluarga yang terletak di persisiran Sungai Perak! Dilengkapi kemudahan rekreasi dan peralatan sukan rakyat, kamu boleh mengimbau pelbagai permainan zaman kanak-kanak (simpan telefon bimbit ke tepi okay?) selain memancing di Sungai Perak (berhati-hati dengan arus yang kadangkala deras). Untuk yang gemar bersantai inginkan ketenangan secara total, Sayong Resort tersedia untuk kamu!

Cubalah aktiviti berbasikal mengelilingi bandar Kuala Kangsar yang tenang!

Cantik! Untuk yang mahukan kepuasan rasa tenang yang total, nah ini untuk kamu! - kredit gambar: Facebook Sayong Resort Kuala Kangsar

Kami payungkan bilik penginapan team Projek Travel di Sayong Resort!

3. Suka-Suka Lake Retreat


Awesome! Itu yang mampu kami katakan tatkala tiba ke gerbang masuk ke resort rumah tradisional ini. Disambut dengan hamparan tasik yang membiru dengan kehijauan flora, selain rumah bot (yes, ini memang 'rare' di Malaysia) serta anjung tamu di atas tasik pastinya menggamit keterujaan kamu (yeah, kami pun macam tu jugak). Kamu boleh memilih seleksi rumah tradisional untuk menginap, makan minum masakan kampung menanti sepanjang staycation di sini!

Feeling di luar negara? Nah kat Kuale je yeop, Suka-suka Lake Retreat!

Santai di gazebo vintaj yang dibina di atas tasik Suka-Suka Lake Retreat!

Nah, nostalgia gaya hidup di bawah pemerintahan kerajaan Perak dahulu kala di Suka-suka Lake Retreat!

4. Durian Pipit Lakeside


Terletak di Lenggong (masih dalam daerah Kuala Kangsar), perjalanan ke sini memerlukan pengangkutan '4-wheel drive' yang meredah hutan belantara sebelum tiba ke inap istimewa yang mendamaikan di atas puncak bukit! Dibina berhadapan tasik Raban, kamu seolah berada dalam dunia tersendiri yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Penuhi aktiviti kamu dengan sebarang hobi, pengalaman kampung (kamu boleh ikuti pelbagai program bersama masyarakat sekitar), pengembaraan merentasi Tasik Raban (hampir 1 jam) atau hayati penginapan dikelilingi belantara semulajadi! Kami rekomen inap ini paling terbaik untuk hilangkan stress - namun jiwa harus kental, talian telefon terhad di sini!



Kredit gambar - Facebook Durian Pipit Lakeside

5. Homestay Labu Kubong!


Hah, save the best for the last! Yesh, inilah yang kami mahu anda turut alami, penginapan homestay di Kampung Labu Kubong! Disambut dengan jejaka dalam persalinan pendekar Melayu serta pakaian kebanggaan seniwati Melayu, persembahan memukau tarian tradisi diiringi muzik gamelan pastinya menggamit memori budaya sepanjang menginap di sini. Alami sendiri inap bersama penduduk desa dan sertai aktiviti menoreh getah, menangkap ikan di sawah malah mandi di tali air; pasti semuanya bakal menggamit memori silam zaman kecil kamu di kampung halaman! Jangan lupa sertai acara makan beramai di tepian sawah usai menyertai pelbagai aktiviti desa! Fuhh, 'feeling' dia kami boleh kata terpaling 'marvellous'!





Opss, ini info ekstra buat kamu. Terdapat bandar bunian (seolah Putrajaya) di salah satu inap di atas. Nak tahu lanjut, rajin-rajinlah berbual dengan penduduk sekitar untuk rahsia mistik yang jarang dikongsikan.

Selamat menginap!