TEMPAT MENARIK DI SINGAPURA


Tempat Menarik Di Singapura | Tipu kalau anda tidak pernah kenal Singapura atau dikenali Republik Singapura. Lokasi Singapura ini terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu dan terpisah dari Malaysia dan Selat Johor di Utara dan Kepulauan Riau Indonesia dan Selat Singapura. Tahukah anda, Singapura adalah salah sebuah daripada lima pelabuhan yang tersibuk di dunia. Bila disebut berkenaan peratusan penduduk di Singapura, kebanyakan orang asing yang bekerja atau belajar di Singapura. 

Fakta tentang Singapura: 

  1. Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia;
  2. Mempunyai 63 pulau yang tidak berpenghuni;
  3. Simbol pada Merlion dimana setengah ikan dan setengah singa ini mempunyai maksud yang tersendiri di mana Singa bayangan binatang yang dilihat oleh seorang pangeran Sumatera dan Ikan sebagai simbol penghormatan kepada kota laut atau Temasek;
  4. The Night Safari merupakan Taman Haiwan yang dibuka pada waktu malam; dan
  5. Walaupun bahasa resmi Singapura ini adalah Bahasa Inggeris namun, lagu negara Singapura ini dalam Bahasa Melayu dan banyak lagi fakta yang ramai kita tidak tahu tentang Singapura.


So, jom kita terjah tempat menarik di Singapura jika menggunakan laluan MRT .

EAST-WEST LINE
  1. Joo Koon - Singapore Discovery Centre
  2. Jurong East - Science Centre Singapore, Snow City
  3. Chinese Garden - Chinese Garden, Japanese Garden
  4. Boon bay - Jurong Bird Park
  5. Bedok - Forest Adventure
  6. Bugis - Malay Heritage Centre
  7. Pasir Ris - Downtown East, Wild Wild West
  8. Tanah Merah - Johore Battery, The Changi Museum
NORTH - SOUTH LINE 
  1. Kranji - Singapore Turf Club, Kranji War Memorial, Sungei Buloh Wetland Reserve
  2. Bukit Gombak - Memories Old Ford Factory
  3. Choa Chu Kang / Ang Mo Kio - Night Safari, River Safari, Singapore Zoo
  4. Toa Payoh - Sun Yat Sen Nanyang Memorial Hall


CIRCLE LINE
  1. Bayfront - ArtScience Museum, Gardens by the Bay, Marina Bay Sands
  2. Esplanade - Esplanade - Theatres on the Bay
  3. Promenade - Singapore Flyer, Alive Museum
  4. Bras Basah - Peranakan Museum, Singapore Art Museum, Singapore Philatelic Museum
  5. Stadium - Singapore Sports Hub
  6. Marina Bay - Marina Barrage
  7. Haw Par Villa 
  8. Pasir Panjang - Reflections at Bukit Chandu
  9. Harbour Front - Mount Faber, Sentosa Island, Singapore Cable Car
NORTH-EAST LINE
  1. Dhoby Ghaut - Fort Canning Park, National Museum of Singapore
  2. Chinatown - Chinatown Heirtage Centre


★🚶 Tips kalau nak ke Cable Car Sky Network anda perlu melalui Harbour Front Stesyen MRT dan korang perlu keluar ke Pintu B dan berjalan ke Menara HarbourFront di mana di sana terletaknya stesyen kereta kabel.

★🚶 Bagaimana hendak ke Wildlife Parks? Mudah sahaja, anda perlu menggunakan MRT. Di mana MRT bernombor Ang Mo Kio NS16, Choa Chu KangNS4 dan Boon Lay (EW27) dan jika korang nak menaiki bas, just ambiil bas bernombor BUS 138, BUS 927 atau BUS 194. Mudah ke tidak?

★🚶 Nak singgah ke Resorts World Sentosa tapi tak tahu nak naik apa? Admin suggest untuk korang perlulah ke HarbourFrontStation dan menaiki bas bernombor RWS 8 dan sampailah korang di Resorts World Sentosa.  



Untuk pengetahuan korang, nama yang admin senaraikan di atas adalah lokasi pelancong yang akan dilawati tiap kali tibanya di Singapura. Tips admin mudah sahaja, nak mudahkan pergerakan sewalah hotel yang berhampiran dengan Stesyen MRT dan jangan lupa beli kad MRT. Kalau ada 2 hari di Singapura, silalah beli kad MRT untuk 2 hari dan jangan hilangkan kad tersebut kerana korang boleh claim balik deposit semasa pertama kali membuat bayaran. Ini adalah entri ringkas dari admin dan akan kongsi lagi akan datang. Terima kasih sudi membaca. So, how was Singapura? U like it?

Catat Ulasan

1 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com