6 TIPS ELAK SAKIT TELINGA DIDALAM KAPAL TERBANG | Korang pernah atau tidak mengalami pengalaman telinga korang berada dalam keadaan berdesing saat kapal terbang berlepas?
Untuk pengetahuan korang, semua ini berlaku disebabkan tekanan semakin rendah tatkala kapal terbang mula menerjah naik keangkasa. Apabila tekanan semakin rendah dan tekanan didalam gegendang telinga menjadi tinggi menyebabkan telinga kita akan mengalami bunyi berdesing.
Admin juga pernah mengalamai masalah yang sama apabila kapal terbang berlepas. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, patik nyatakan 6 tips elak sakit telinga didalam kapal terbang.
- Sekiranya anda membawa anak kecil, jangan tidurkan mereka sebaliknya berikan mereka air sediit demi sedikit atau susukan mereka untuk mengelakkan telinga dari berdesing saat perlepasan
- Sekiranya anak anda jenis yang menghisap puting, beri mereka puting saat perlepasaan atau sediakan 1 puting untuk digunakan saat perlepasan sekiranya anak anda jenis yang tidak menghisap puting.
- Sekiranya tidak terdapat air minuman semasa perlepasan, kumpul air liur didalam mulut dan telan air liur tersebut untuk mengelakkan tekak kering sehingga penerbangan menjadi stabil.
- Kunyah sesuatu seperti gula-guna atau gula-gula getah semasa perlepasan berlaku.
- Gunakan penutup telinga seperti penutup telinga pada musim sejuk untuk mengelakkan ketidakseimbangan telinga yang menyakitkan.
- Tutup hidung dan juga mulut. Tahan nafas untuk beberapa ketika sehingga desingan didalam telinga hilang.
Diharapkan 6 tips yang admin berikan ini dapat membantu melegakan rasa sakit telinga semasa penerbangan berlangsung.
0 Ulasan