Ticker

6/recent/ticker-posts

KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Projek Travel. Diam tak diam, dah nak masuk ke penggal kedua kita berpuasa. Diharap semuanya berada dalam keadaan yang baik - baik sahaja.

*gambar ihsan google*

Bercakap mengenai hari raya, apa kata kita imbau kembali nostalgi terdahulu dimana zaman kad raya menjadi fenomena yang cukup dinanti - nantikan tiap kali menjelang aidilfitri. Namun begitu, dengan perkembangan teknologi. kad raya kini beralih ke ucapan di telefon bimbit dan sosial media.

Walaupun tanpa kad raya, ucapan dan pantun aidilfitri pasti saling berbalas-balas di kalangan teman dan ahli keluarga. Jadi berikut, saya senaraikan koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri yang berjaya saya kumpulkan hasil carian di laman internet.

Pantun Hari Raya Aidilfitri 2017 


Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih

ANaK CiNa SungGuH LaWä 
JäDì PelüKìS diBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä 
JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Ucapan Hari Raya Aidilfitri 2017 

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga silaturahim diberkati 
Allah (nama penghantar) 

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi

Itu tandanya ingatan tidak hilang 

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara, 
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1439H Minal aidin 
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya 
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar )

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, 
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut meriah disisi keluarga hendaknya..” 

Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin” 

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 

“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..” 

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..” 


” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..” 

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

Selamat Hari Raya semua...Maaf Zahir Dan Batin

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator busy,
B4 message asik pending,
B4 kredit habis.
Nak wish awal - awal, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya yan tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul dekat mana-mana
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila & macam-macam lagi yang TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Selamat berpuasa semua pembaca Projek Travel!

Catat Ulasan

1 Ulasan