Ticker

6/recent/ticker-posts

TARIKAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG

TARIKAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY KUANTAN PAHANG | Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Resort City yang terletak di Kuantan Pahang ni? Jika belum, jom kita tengok apa yang menarik mengenai lokasi ini. Mana tahu ia akan menjadi destinasi pilihan anda utuk cuti yang akan datang memandangkan lokasi ini amat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City - merupakan satu destinasi yang mempunyai "Multiple Attraction in One Location". Lokasi ini terletak 218km dari Kuala Lumpur dan 35km sebelum Bandar Kuantan. Lokasi ini juga senang untuk diaccess melalui lebuhraya Pantai Timur dengan menggunakan Exit 830 Gambang. Berikut adalah antara tarikan yang ada di Bukit Gambang Resort City berdasarkan pengalaman Team Projek Travel semasa berada di sana.

Bukit Gambang Safari Park

Berkeluasan 138 ekar, Bukit Gambang Safari Park merupakan Zoo Safari Park terbesar di Malaysia. Kawasan ini dibahagiakan kepada dua iaitu Drive-Through Zone di Wild Savannah dan Walking Zone di Simba Hill Plaza. Pelbagai jenis binatang ditempatkan di sini mengikut kategori. Antaranya ialah White Lion atau singa putih, harimau, badak air, gajah, burung kasawari dan lain-lain di bahagian Wild Savannah manakala di bahagian Simba Hill pula ada pelbagai jenis burung, monyet, ikan, ular dan macam-macam lagi yang diletakkan di dalam bangunan bertingkat. Bukit Gambang Safari Park amat sesuai dikunjungi seisi keluarga di mana di sini ibu bapa boleh mendidik dan mengajar anak-anak mengenai spesis haiwan.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Simba Hill Plaza

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Boleh sembang dengan White Lion.. hehe

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Walking Zone di beberapa kawasan Simba Hill Plaza

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Trem disediakan untuk ke Wild Savannah 

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Team Projek Travel menuju ke Wild Savannah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Melihat haiwan secara dekat di Wild Savannah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Comel kan badak air tu

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kawasan gajah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Singa sedang berehat

Bukit Gambang Active Academy

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh melakukan aktiviti lasak di Bukit Gambang Active Academy. Lokasi ini jugak sesuai bagi mana-mana agensi yang inginkan tempat untuk mengadakan Team Building kerana ia mampu untuk menampung 500 orang dalam satu masa. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah :

  • Aerial and ground obstacle courses
  • Paintball target shooting
  • Ground and pool telematches
  • Paintball warzone
  • Jungle trekking
  • ATV off road
  • Sky trail - 9 Elements
  • ATV fun ride (Day & Night)
  • Sky trail - Flying fox
  • Paintball warzone
  • Horse riding
  • Mini sky trail
  • and others that may require customization.

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kawasan untuk aktiviti lasak

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Menaiki ATV

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Memanah

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Flying Fox

Bukit Gambang Water Park

Tidak lengkap rasanya kalau pergi ke Bukit Gambang Resort City tetapi tidak menjejakkan kaki ke Bukit Gambang Water Park. Begitu la yang terjadi kepada kami Team Projek Travel. Rasa rugi sesangat sebab tak dapat masuk tempoh hari. Ini kerana jadual kami tempoh hari padat jadi tak sempat nak ke situ. Hanya mampu pandang dari kejauhan je. Tapi tak pe, kami kongsikan juga kemudahan yang ada di sini.

  • 6-Lane Racer
  • Aqua Play
  • Kids Slides
  • Wave Pool
  • Penguin Island
  • Cabana Coco Beach
  • Glacier River

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Kids Slides

Tarikan Di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang
Aqua Play

Sebenarnya banyak lagi tarikan yang ada di sini. Bagi anda yang berminat untuk bercuti ke Bukit Gambang Resort City, kini mereka mebuat promosi sempena MATTA FAIR. Promosi ini dilanjutkan sehingga 30 September 2016. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk info di bawah :


Laman web :
www.bgrc.com.my

Facebook : 
@BukitGambangSafariPark

Telefon :
03-8941 9898 (Office Hours Only)

Email :
sales@bgrc.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan