Ticker

6/recent/ticker-posts

BEAUTIFUL TERENGGANU CATAT LEBIH DARI 200K PENGUNJUNG


Tahun 2017 merupakan tahun melawat Negeri Terengganu. Salah sebuah negeri yang berada di Pantai Timur semenangjung yang cukup sinonim dan popular dengan keunikan adat budayanya. Jom kita tonton video di bawah ni.


Beautiful Terengganu23-27 Mar 2016Angsana Johor Bahru Mall
Posted by Terengganu Tourism on Thursday, March 17, 2016

Sempena menyambut tahun melawat Terengganu 2017, slogan beserta program Beautiful Terengganu telah diperkenalkan. Untuk pengetahuan korang, Beautiful Terengganu pada tahun sebelum ini dikenali sebagai Pesona Terengganu, dan telah di tukar kerana sebab-sebab tertentu. Walaubagaimana sekalipun, ianya tidak lari dari misi asal.

foto oleh malaysiaaktif.my

Program Beautiful Terengganu ini telah berlangsung selama lima hari bermula 23 Mac sehingga 27 Mac 2016 lepas di Angsana Johor Bahru Mall dan telah dirasmikan oleh  Yab. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

"BEAUTIFUL TERENGGANU kali ini menampilkan 4 seksyen utama yang boleh dilawati. Pertama: Consumer Show, Kedua: Trade Show, Ketiga: Terengganu Kitchen, dan yang Keempat: Travel Mart. Melalui 4 seksyen ini, pengunjung bakal melihat gambaran serta persepsi sebenar mengenai keindahan Negeri Terengganu, negerinya cantik, budayanya menarik, orangnya baik-baik. Bahkan kehadiran pengunjung akan disambut mesra, dihiasi dan diwarnai dengan aktiviti-aktiviti yang tersedia untuk semua. Jika dulu kita tampilkan PESONA TERENGGANU, hari ini kita tampilkan BEAUTIFUL TERENGGANU. Jika dulu 100,000 pengunjung, hari ini kita sasarkan lebih dari itu. Jika dulu Terengganu menyepi, hari ini Terengganu bangkit disegani." Yab. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

Pemilihan venue ‘Beautiful Terengganu 2016’ di Angsana Johor Bharu Mall kali ini adalah amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi utama membeli belah dan riadah keluarga bukan sahaja kepada masyarakat Johor, malah ianya turut menjadi tumpuan utama rakyat negeri-negeri di selatan Semenanjung dan juga antara pilihan utama wargakota daripada Singapura.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri menaruh harapan yang tinggi pada Beautiful Terengganu 2016 dalam memastikan lebih ramai pelancong terutama dari selatan tanah air selain Singapura.

`Kira-kira 100,00 pengunjung dengan pulangan pendapatan yang diperolehi usahawan negeri ini hampir mencecah RM2.0 juta dan adalah tidak mustahil jumlah pengunjung serta pendapatan yang lebih besar menanti di Johor Bahru, katanya selepas merasmikan Pra Pelancaran Beautiful Terengganu 2016 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 24 Februari 2016.



Program Beautiful Terengganu 2016 menampilkan produk pelancongan seperti hotel, tempat menarik, makanan, pakaian dan sebagainya yang terdapat di Terengganu. Seramai 30 usahawan makanan tradisional tempatan dan 100 usahawan produk tempatan telah menyerai program itu pada kali ini.

Menteri Besar , berkata pengunjung turut berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan, demonstrasi kraftangan dan pertunjukkan permainan tradisional pada program itu. Apapon tahniah kepada Beautiful Terengganu kerana telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk promosi kali ini. Berikut merupakan statistik :

Sepanjang Karnival Beautiful Terengganu yang diadakan bermula 23 Mac 2016 dan berakhir pada 27 Mac 2016, seramai lebih kurang 226,000 pengunjung yang datang memeriahkan karnival yang diadakan.

Hari Pertama (23 Mac 2016)
40,000 pelawat

Hari Ke-2 (24 Mac 2016)
20,000 pelawat

Hari Ke-3 (25 Mac 2016)
50,000 pelawat

Hari Ke-4 (26 Mac 2016)
70,000 pelawat

Hari Ke-5 (27 Mac 2016)
46,000 pelawat

Tahniah kami ucapkan kepada Beautiful Terengganu. Apapon jom kita tengok beberapa gambar berkaitan dengan negeri cantik ini.

Pulau Perhentian Foto Oleh : perhentianislands.asia
Pulau Kapas Gambar Oleh : Bruno Maltor

Sungai Bangang Gambar Oleh : Murshid Haji Maktar
Uptown Kontena Dapo Pata Gambar Oleh : Positive Pixel

Catat Ulasan

2 Ulasan