Ticker

6/recent/ticker-posts

PENGALAMAN MENAIKI ETS DARI PADANG BESAR

Pengalaman Menaiki ETS Dari Padang Besar | Kalau sebelum ini,kami di Projek Travel pernah berkongsi mengenai Jadual dan Tambang ETS ke Padang Besar. Kali ini kami ingin berkongsi pula pengalaman menaiki ETS dari Padang Besar yang sempat kami cuba sejurus seminggu baru dilancarkan beberapa bulan yang lalu.

ETS_kredit foto Google
Sebetulnya, admin naik dari Alor Star memandangkan balik kampung beraya. Pada fasa awal ETS Padang Besar- Kuala Lumpur hanya ada ETS Gold sahaja. Apa beza ETS Gold dan ETS Silver

ETS Gold = Perjalanan sehala tanpa berhenti (hanya berhenti di stesen utama)

ETS Silver = Perjalanan sehala dengan berhenti di beberapa sub stesen negeri

Setiap tempat duduk ada kemudahan plug 
Ruang antara seat yang selesa 

So, kali ini admin naik dari Alor Star - Kuala Lumpur dengan harga tambang berjumlah RM 73.00 bagi jadual perjalanan selama hampir 4 jam iaitu bertolak dari jam 4.31 petang dan tiba pada jam 9.15 malam.

Jadual perjalanan dan Ketibaan ETS Gold Alor Star ke Kuala Lumpur 

Alor Star - 4.31 Petang
Sg Petani - 4.51 Petang 
Bukit Mertajam - 5.20 Petang 
Butterworth - 5.30 Petang 
Bukit Mertajam - 5.45 Petang 
Parit Buntar - 6.00 Petang 
Bagan Serai - 6.10 Petang
Taiping - 6.30 Petang 
Kuala Kangsar - 6.45 Petang 
Ipoh - 7.10 Petang 
Batu Gajah - 7.20 Petang
Kampar - 7.35 Petang 
Tapah Road - 7.42 Petang 
Tanjung Malim - 8.20 Malam 
Kl Sentral - 9.15 Malam 

Kalau ditanya berbaloi ke tak , to be honest agak berbaloi dari segi keselamatan dan juga masa. Setiap pengangkutan, ada pro dan cons masing - masing.

Berikut merupakan kiraan perbandingan pengangkutan dari Alor Star - Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur - Alor Star 

As for me , I will choose Kapal terbang, ETS dan keretapi sebab ketiga - tiga ni ada kekuatan masing - masing. Last choice would be Bus. Jadi terpulanglah dekat korang nak pilih yang mana. Janji selamat sampai ya!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. menarik,macam nak jalan2 alor star naik keretapi then cari hotel kat sana semalaman best gak

    BalasPadam
  2. Kalau nak sesuatu yang baru boleh cuba ETS ini ,lebih santai dan relak .

    BalasPadam