Ticker

6/recent/ticker-posts

BACA PERSONALITI DIRI MELALUI BUNGA KERING

Bunga segar sudah semestinya tidak akan tahan lama jika diberi pada orang yang tidak pandai menafaatkannya, tetapi jika sebaliknya ia boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan kerana hasil kerja seni ini sangat tinggi nilainya dan boleh mencecah ribuan ringgit sepertimana yang telah diusahakan oleh Puan Esiah Kaimun dari Banting, Selangor.

Bunga Tekap
Memiliki sifat yang cukup peramah dan periang tidak menyedarkan kita bahawa usianya sudah mencecah 60 an. Tidak hairan lah beliau masih lagi aktif dan sihat seperti orang muda, malah jangan terkejut kalau MR katakan bahawa hobi Mak Cik Esiah ni adalah bermain bola sepak.

KRAF BUNGA TEKAP | Kesemua hasil seni beliau adalah datangnya dari sumber bunga dan pokok disekeliling rumah Mak Cik Esiah sendiri. Mak Cik Esiah cuba megembalikan nostalgia zaman dahulu iaitu pada zaman-zaman persekolahan dahulu apabila bunga yang gugur akan disimpan di dalam buku untuk dikeringkan. Tapi cara lama ini akan merosakkan merosakkan warna asli bunga tersebut, malah akan memakan masa yang lama untuk  proses pengeringan.

Sumber bunga disekeliling kediman beliau
Tetapi seiring dengan teknologi yang ada sekarang, kini bunga-bunga itu boleh dikeringkan dengan mudah tidak perlu megambil masa yang lama hanya dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro, malah warna nya juga terpelihara dan tidak pudar. Proses pengeringan boleh dipendekkan hingga 2 ke 3 minit sahaja dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro ini.

Pengeringan bunga dengan ketuhar gelombang mikro
Setelah kering, dengan hanya berbekalkan gunting dan gam Mak Cik Esiah akan menggunakan kreativiti sendiri dengan menyusun bunga-bunga dan daun-daun pokok sehingga terhasilnya kraf bunga tekap yang unik dan logik.

Bunga yang telah dikeringkan
Cara peyusunan bunga kering memerlukan imaginasi yang tinggi
Hasil kretiviti susunan bunga kering
Bagi menghasilkan satu rekaan bunga tekap, seseorang itu perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit malah kadang kala mengambil masa berhari-hari mengikut reka bentuk diinginkan. Hasil produk kraf Mak Cik Esiah ini dijual dengan harga serendah RM3 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.

Baca pesonaliti diri
Selain membuat bunga tekap, Mak Cik Esiah juga memiliki kelebihan membaca pesonaliti seseorang melalui bunga. Maksudnya disini, beliau mampu membaca personaliti kita dengan melihat cara susun atur bunga tekap yang kita buat. Mak Cik Esiah juga mampu memberi khidmat motivasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.


Hasil Kraf hiasan bunga kering atau bunga tekap  kini diminati oleh pengemar seni hiasan samada tempatan mahu pun dari luar negara terutama dari Amerika, Europe, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, industri ini boleh dikatakann mampu untuk berkembang lebih jauh lagi seiring dengan perkembangan industri pelancongan negara kita yang semakin mendapat tempat di hati pelancong luar negara.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

LAMAN KRAFTANI ENTERPRISE
(Esiah Kaimun) 
Lot 1618, Jalan Damai, Sungai Lang Tengah
Banting, Selangor.

Tel: 019-253 4620
Tel/fax: 603-3181 7052
email: lamankraftani@yahoo.com

Foto : Khai Artzfar


Catat Ulasan

2 Ulasan