Ticker

6/recent/ticker-posts

ROTI JALA HIJAU KUNING. SELERANYA BILA MAI KEDAH!

ROTI JALA HIJAU KUNING | Makanan menyelerakan yang kami terokai di Alor Setar, Kedah. Ketika ramai sedang memburu burger cheese, pisang goreng cheese, dengan murtabak cheese. Muncul satu makanan unik dan sedap di Alor Setar, Kedah dengan Roti Jala Hijau Kuning nama diberi.

Roti Jala Hijau Kuning
Roti Jala Hijau Kuning ini dicicah dengan kuah kari yang dimasak melalui resepi turun temurun. Apa yang membuatkan orang ramai lebih terliur dengan Roti Jala Hijau Kuning ini adalah dengan side dish nya iaitu telur goreng leleh yang dibasuh telurnya.


Warung ini dibuka dari jam 7.30 malam sehingga 1.00 pagi. Chef yang menyediakan Roti Jala Hijau Kuning ini sangat mesra.

Roti Jala Hijau Kuning
Ummul Ikan Bakar Special,
Lot 299 Batu 4,
Jalan Hutan Kampung Alor Setar, Kedah.
GPS : 6.153666, 100.400166

Kena pi cari merasa hijau tu apa, kuning tu apa. Mai la travel aloq setaq!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. klu kat johor dia jadi kaler merah biru pulak kot :-)

    BalasPadam
  2. Oh di jalan Hutan Kampung ka, nanti balik Kedah boleh pi cari gerai

    BalasPadam
  3. jalan hutan kampung dekat dengan rumah ni....baru tau bila baca artikel ni....boleh pi cari dan try roti jala hijau kuning....

    BalasPadam