Ticker

6/recent/ticker-posts

Murtabak Mengkasar | Menu Popular Pekan, Pahang

Murtabak Mengkasar Fauzi Aryaan

Murtabak Mengkasar | Menu Popular Pekan, Pahang | Jika singgah ke Pekan, Pahang korang jangan lupa untuk merasai murtabak yang sangat popular yang dikatakan murtabak kegemaran Sultan Pahang dan digelar sebagai murtabak diraja iaitu Murtabak mengkasar.

Menarik Murtabak Mengkasar


Apa yang menariknya Murtabak Mengkasar ini adalah cara pembuatannya yang sangat unik. Kebiasaannya murtabak terhasil apabila doh yang ditebar seperti roti canai dan dimasukkan intinya makan terjadinya murtabak tetapi murtabak ini berlainan. Intinya akan dimasak dahulu menjadi kepingan kepingan. Kemudian curahan tepung cair seperti mebuat lempeng akan dicurah keatas kepingan inti murtabak tersebut dan akhirnya akan garing menjadi seperti murtabak biasa,

Bagaimana pula dengan rasanya? Yesss bagi admin yang telah merasai semasa admin dan rakan dari UIA jelajah ke Pahang tempoh hari, rasa murtabak ini sangat-sangat berlainan dengan yang sedia ada seperti murtabak singapura dan lain-lain murtabak sangat berlainan dengan rasa murtabak disini.

Murtabak Mengkasar Fauzi Aryaan
Murtabak Mengkasar Special
Harga yang dikenakan adalah sangat berbaloi dengan hanya RM8.00 untuk murtabak special dan RM6.00 untuk murtabak biasa. Untuk pengetahuan semua, abam kaw anggap murtabak ini boleh dimakan dengan 2 orang untuk 1 hidangan dan ianya sangat kenyang selepas menjamahnya.

Murtabak Mengkasar Fauzi Aryaan

Bagi sesiapa yang ingin merasai murtabak diraja ini, bolehlah kelokasi ini. Lokasi ini berdekatan dengan MUZIUM SULTAN ABU BAKAR dan berdekatan dengan SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH.

Terima kasih kepada blog www.fauziaryaan.com untuk perkongsian cerita.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. murtabak ni mmg femes. aku sbg org pahang pun belum rasa. kekekee

    BalasPadam
  2. Kalau nak rasa kena call kawan Pekan lah ni.

    BalasPadam