7 BARANG PALING ASAS UNTUK DIBAWA MASA TRAVEL. #7 ORANG SELALU LUPA.

7 BARANG PALING ASAS UNTUK DIBAWA MASA TRAVEL Mesti ramai yang nak travel weekend ni. Antara sedar atau tidak, mesti terfikir fikir barang apa yang paling penting untuk dibawa. Beg tak besar mana dan takut juga tertinggal yang pentingnya.

Disini kami kongsikan #7 barang yang paling asas untuk dibawa masa travel. Ini paling asas hasil dari perkongsian ramai dan pengalaman kami. Dan sering jugak ramai terlupa!

#1 WALLET BERISI

Wallet
Semestinya wallet berisi ID, Passport, credit card dan juga bekalan wang. Mau melopong kalau terlupa bawa wallet ni. Takut jugak kena pinjam member yang acah acah kenal nanti.

#2 KUNCI PENTING

Kunci Penting
Ramai jugak selalu terlupa untuk kunci pintu dan semestinya kengkadang terlupa letak kunci dekat mana. Tambahan pulak kunci rumah. Pastikan ada tak lupa kunci rumah dibawa bersama dan dicadangkan untuk letak keychain jadi senang nak perasannya.

#3 UBAT

Ubat
Excited untuk travel sememangnya buat kita terlupa. Kadang kadang sampai ubat penting pun lupa. Biasanya ubatan ni untuk mereka yang memang kena makan ubat la kan.

#4 TIKET

Tiket
Ini sememangnya penting. Terlupa memang lambai tangan je la kalau nak flight atau bas. Tapi tak begitu penting kalau kita bawak wallet. Sebab boleh beli tiket baru. Tapi $ melayang la.

#5 TELEFON BIMBIT

Telefon Bimbit
Perkara asas ni orang jarang lupa. Biasanya yang lupa adalah bila berkeluarga. Asyik dok ingat barang anak tak siap lagi. Sampai lupa barang penting sendiri. Hmmm.. takut tak ada gambar masuk instagram pulak nanti kalau tak bawak.

#6 KACA MATA

Kaca Mata
Tidak kisahlah anda rabun atau sebaliknya. Kaca mata penting untuk gaya dan kesihatan. Kalau travel yang tak rabun perlu bawa untuk kukuhkan terik matahari dan sememangnya bagi yang rabun wajib bawa.

#7 CHARGER

Charger
Ini yang ramai selalu lupa. Jangan kata travel. Pegi balik ofis pon boleh terlupa. Kadang tinggal dekat ofis, kadang tinggal dekat rumah. Point tetap sama, kalau bawak wallet boleh la beli baru. $ je la melayang sket.

Yang paling penting juga, bawa diri anda baik baik di tempat orang. Pemikiran glokal untuk tunjukkan Malaysian bukan asing. Jommm..!! Travel.


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bagi aku chargerr tu penting ! and purse duit ! hehehe

    BalasPadam


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com