5 HOTEL PALING AWESOME DI MALAYSIA. PERGHHHH... MESTI PERGI!

5 HOTEL PALING AWESOME DI MALAYSIA | Mesti ramai diantara korang yang tercari cari inspirasi tentang hotel best untuk dibooking. Nak tidur bukan sekadar tidur tapi nak kongsi awesome nya dengan kemanisan bercuti.

Kita terbang ke seluruh pelusuk Malaysia untuk mencari, dan setelah diteliti dari bacaan dan jelajah kami. Ini yang kami puas hati dan sememangnya telah dikongsi oleh blog lain sebelum ini.

#1 Tanah Aina Eco Tourism Resort


Hotel yang mesra alam. Sangat awesome bagi mereka yang nak merasai persekitaran yang aman dan terasa jauh dari kesibukan kota. Hotel berkonsepkan tidur dalam khemah ini dengan dikelilingi alam semula jadi pasti membuatkan anda rindukan masa bercuti.


#2 Bustel Klebang Melaka


Awesomenya hotel ni sebab penggunaan bas lama sebagai asas dan direka semula untuk dijadikan bilik hotel. Bagi anda yang sememangnya ingin sangat merasakan tidur di dalam bas tanpa perlu risau destinasi. Ini adalah pilihan yang tepat.


#3 Capsule Container Hotel


Teringin betoi nak merasa tido dalam kontena? Mungkin ada diantara anda yang teringin nak merasai macam mana buruh tido dalam kontena. Inilah peluang anda untuk merasainya.


#4 Time Capsule Retreat


Suasana hutan dengan sunyi dan nyaman. Hotel berbentuk kapsul ini pasti membuatkan manusia manusia yang sibuk dengan bandar rasa tak nak balik.

Info lanjut : http://timecapsuleretreat.wix.com/home

#5 SEAVENTURES DIVE RESORT




Hotel berkonsepkan pelantar minyak ni memang awesome untuk mereka yang gemarkan untuk menyelam ke laut di Sabah. Untuk info, hotel ini sememangnya pelantar pada awalnya.


>> Jadi macam mana? Awesome kan? Kongsikan untuk rakan rakan anda lawati<<

Info ini juga dari cosmopolitan.my. Jangan lupa, bak kata orang orang dulu. Tak pi sana tak sah. Jom! Kita pi.

Catat Ulasan

1 Ulasan


✈ Terima kasih kerana menjadikan Projek Travel sebagai sumber rujukan travel anda. Sebarang maklum balas sila tinggalkan di ruangan komen atau email kepada kami di projektravel@gmail.com