Ticker

6/recent/ticker-posts

PENTINGNYA MENGEMBARA KE TEMPAT ORANG

Hi assalamualaikum.

Seperti dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 46 "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada".

dan Surah Al-Anam ayat 11 "Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah".


Mengembara bukanlah sekadar untuk berehat, malah kita juga dapat mempelajari tentang budaya masyarakat luar, melihat ciptaan Allah dan mensyukuri nikmat Allah. Besarnya bumi ini, begitu jugalah luasnya perjalanan kita.

Kita dituntut untuk mengembara dan melihat kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah, makin lama makin ramai yang mempunyai kesedaran betapa pentingnya mengembara. Tiada sebab kalau anda kata anda tidak mampu.

Tidak berduit?

Tahukah anda pada zaman sekarang, terdapat pelbagai inisiatif yang meringankan kos pembelanjaan anda? Seperti penerbangan tambang murah, butik-butik hotel malah jika anda mahu jimat banyak, terdapat juga hostel-hostel yang anda boleh sewa sepanjang percutian anda.

Tepuk dada, tanya selera.

Ruginya jika anda seorang yang mempunyai 1001 alasan. Pergilah mengembara, selagi anda masih sihat dan kuat. Ketepikan soal tiada masa, tiada duit, tiada kelapangan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Penulis pernah jumpa sepasang suami-isteri ni. Mereka berdua masing-masing mempunyai minat untuk mengembara. Mereka berdua mempunyai tabung dan setiap bulan kumpul sekurang-kurangnya RM100 (seorang RM50). RM100x12 =RM1200. Banyakkan? Satu tips yang berguna bagi siapa yang ingin mengembara.

Selain itu, jika nak jimat lagi. Pergilah mengembara bersama teman. Sekurang-kurangnya boleh berkongsi duit bayar hotel. Ada juga diantara mereka yang membawa bekalan seperti Maggi, Brahim, Sardin dan lain-lain lagi untuk jimat. Sebenarnya banyak perkara yang anda boleh buat untuk berjimat sepanjang pengembaraan anda. Semuanya atas anda sendiri.

Akhir sekali, pergilah mengembara. Setiap daerah pasti ada cerita. Ada yang cakap, "eiii apa yang ada kat sana?". Jika anda tidak pergi, mana anda nak tahu apa yang menarik di sana. Kadang kala kita hanya mendengar pengalaman orang.

Pengalaman orang berbeza-beza. Mungkin si A tidak menyukai sesuatu tempat itu kerana bukan citarasanya atau aktitivi yang si A buat kat sana tidak berapa seronok. Tetapi si B suka tempat itu mungkin dia enjoy sepanjang di sana. Ha, begitulah kisahnya. Pergi, jangan dengar cakap orang, explore sendiri. Itu yang lebih baik.

Dengan mengembara, kita dapat melihat kelebihan dan kekurangan sesebuah masyarakat dan sesebuah negara. Melihat kekurangan mereka sekurang-kurangnya membantu kita mensyukuri apa yang kita ada. Melihat kelebihan mereka pula, membantu kita beristiqamah tentang kekurangan diri kita.

Pergilah mengembara.

Catat Ulasan

0 Ulasan