Ticker

6/recent/ticker-posts

Best Things to Do in Gopeng, Perak : Aktiviti Menarik dan Penginapan Terbaik


Best Things to Do in Gopeng, Perak : Aktiviti Menarik dan Penginapan Terbaik | Gopeng, sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kampar, Perak, menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang unik kepada pengunjung. Dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi dengan sejarah masa lalunya yang tersendiri, Gopeng merupakan destinasi yang ideal bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan menikmati ketenangan serta keseronokan di luar.

Berikut adalah beberapa tarikan utama di Gopeng yang patut anda kunjungi dan nikmati sempena Tahun Melawat Perak 2024 ni. 

1. Menginap di Kuala Razila Adventure Resort Riverside

Kuala Razila Adventure Resort Riverside adalah sebuah resort yang sangat dekat dengan alam semulajadi. Mereka ada menawarkan penginapan dengan suasana yang tenang dan damai di tepi sungai. Resort ini mempunyai beberapa unit penginapan kayu dengan pemandangan sungai serta beberapa unit penginapan dorm.


Apa yang menariknya lagi, mereka juga ada menyediakan kemudahan lain termasuk tempat letak kereta percuma, restoran, kawasan pantai persendirian (sungai), tandas awam, dan lain-lain.


Bagi yang sedang tercari-cari lokasi untuk bercuti atau untuk melakukan program kumpulan, resort ini adalah lokasi yang sesuai untuk program pembinaan pasukan, lawatan syarikat, hari keluarga, dan juga sebagai lokasi untuk melakukan pelbagai aktiviti ekstrem. 

Antara aktiviti yang popular di sini adalah seperti water rafting di Sungai Kampar. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti seperti jungle trekking, berkhemah, waterfall abseiling, water tubing, dan dan lain-lain.

Kuala Razila Adventure Resort Riverside
Add : Jalan Ulu Geroh, 31600 Ulu Geroh, Gopeng, Perak.
Tel: +6012-5958148

2. Aktiviti Waterfall Abseiling di Air Terjun Ulu Geruntum

Air Terjun Ulu Geruntum, yang juga dikenali sebagai Air Terjun Merkoi oleh masyarakat pribumi asli di sini, membawa maksud ‘kedamaian’. Aktiviti waterfall abseiling di sini menawarkan pengalaman yang mendebarkan dan menyeronokkan.

Waterfall Abselling di Air Terjun Ulu Geruntum

Abseiling, atau dikenali juga sebagai rappelling, melibatkan teknik menuruni permukaan curam atau tebing menggunakan tali dan peralatan keselamatan. Abseiling menuruni air terjun memerlukan keberanian dan kekuatan fizikal. Aktiviti ini mencabar dari segi mental dan fizikal, tetapi memberikan kepuasan yang tinggi apabila berjaya menuruni tebing dengan selamat.

Aktiviti ini akan dikendalikan oleh pengendali yang berpengalaman dan profesional. Peserta akan diberi latihan asas mengenai teknik abseiling dan langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan aktiviti. Peralatan keselamatan seperti tali, abah-abah, dan helmet disediakan untuk memastikan keselamatan peserta.

Aktiviti waterfall abseiling di Gopeng memberikan pengalaman yang unik dan mendebarkan. Ia adalah cara yang hebat untuk menguji keberanian, menikmati alam semula jadi, dan mengalami sesuatu yang berbeza dari aktiviti rekreasi biasa.

3. Water Rafting di Sungai Kampar

Bagi mereka yang mencari cabaran, aktiviti water rafting di Sungai Kampar adalah pilihan yang tepat. Ini kerana, Gopeng sudah cukup dikenali sebagai destinasi utama untuk water rafting kerana sungai-sungainya yang mencabar dan landskap alam semula jadi yang menakjubkan.

Water Rafting di Sungai Kampar

Sungai Kampar adalah lokasi utama untuk aktiviti water rafting di Gopeng. Sungai ini terkenal dengan aliran air yang deras dan mencabar, menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti ini.

Water rafting di Sungai Kampar sesuai untuk pelbagai peringkat kemahiran, dari pemula hingga yang lebih berpengalaman. Sungai ini mempunyai beberapa jeram dengan tahap kesukaran yang berbeza, biasanya berkisar dari gred II hingga III, menjadikannya sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba serta yang mencari cabaran sederhana.

Aktiviti ini akan dikendalikan oleh pengendali yang berpengalaman dan profesional. Peserta akan diberi taklimat keselamatan dan latihan asas sebelum memulakan perjalanan. Semua peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan, helmet, dan dayung disediakan.

Water rafting di Gopeng, Perak, memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, menggabungkan cabaran fizikal dengan keindahan semula jadi. Aktiviti ini adalah pilihan yang hebat untuk mereka yang mencari pengembaraan dan keseronokan di tengah-tengah alam semula jadi.

4. Menikmati Musim Durian di Dusun Durian D24 Azlan Gopeng

Tidak lengkap rasanya kunjungan ke Gopeng tanpa menikmati durian di Dusun Durian D24 Azlan. Dusun ini terkenal sebagai port makan durian yang viral setiap tahun. Pengunjung boleh merasai pelbagai jenis durian seperti Musang King, IOI, D24/XO, D14, D99, D88, durian kampung kahwin, dan durian bukit asli terus dari dusun.

Dusun Durian D24 Azlan Gopeng

Adalah dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke sini. Dusun ini juga menjual isi durian yang ditimbang dengan harga yang lebih murah dan berbaloi berbanding pasaran. Pengalaman menikmati durian terus dari dusun pasti menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Dusun Durian D24 Azlan Gopeng Perak 
Add : Lot 6241 GMH 2 Jalan Besar, 
Kampung Gunung Mesah Hilir, 31600 Gopeng, Perak
Tel : 016-212 8355

Gopeng, Kampar, Perak, adalah destinasi yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang unik. Sempena Tahun Melawat Perak 2024! Jangan lepaskan peluang untuk menerokai keindahan Gopeng, Kampar, Perak.

@projektravel Best Things to Do in Gopeng, Perak : Aktiviti Menarik dan Penginapan Terbaik. Nikmati pengalaman menginap di Kuala Razila Adventure Resort Riverside, buat cabaran waterfall abseiling di Air Terjun Ulu Geruntum, merasai keseronokan aktiviti water rafting di Sungai Kampar, dan menikmati durian terbaik di Dusun Durian D24 Azlan Gopeng. #MajlisDaerahKampar #beYoutifulKampar #TravelPerakLah #VisitPerakYear2024 #PromisingPerak #PerakSejahtera2030 ♬ original sound - ProjekTravel

Ayuh, jadikan Gopeng destinasi seterusnya dalam agenda pelancongan anda! Rancang sekarang dan temui daya tarikan semula jadi yang menakjubkan dan pelbagai aktiviti menarik yang hanya boleh anda temui di sini. Apa tunggu lagi Gopeng menantikan kedatangan anda!

Catat Ulasan

2 Ulasan