Ticker

6/recent/ticker-posts

AirAsia X Lancar Laluan Baharu ke Nairobi, Kenya Afrika


AirAsia X (AAX) meneruskan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju penerbangan tambang rendah dengan pelancaran laluan baharu ke benua Afrika iaitu Nairobi, Kenya. Pelancaran ini menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia yang menawarkan penerbangan terus ke Afrika.

Penerbangan pertama dijadualkan pada 15 November 2024, membuka peluang besar untuk pelancongan, perdagangan, dan perniagaan antara Asia dan Afrika.

AAX juga akan menawarkan penerbangan sambungan menerusi perkhidmatan Fly-Thru untuk menghubungkan Kenya ke 130 destinasi di seluruh Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Tengah, dan Australia dengan pilihan perjalanan berpatutan dan mudah di samping memperkukuh komitmen terhadap kesalinghubungan global.

YB Dato' Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata: “Penerbangan pertama AirAsia X ke Nairobi merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan perlu diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sepanjang dua dekad lalu, AirAsia telah berjaya merapatkan jurang antara Asia, Australia dan seterusnya ke Malaysia. Kini kita boleh menantikan kehadiran lebih ramai pelancong dari Kenya untuk meneroka destinasi-destinasi menarik di Malaysia seperti Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan lain-lain. Kehadiran mereka amat dialu-alukan terutama dalam usaha kita mensasarkan 35.6 juta pelancong untuk menjana resit sasaran sebanyak RM147.1 billion sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.”
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Kami berbesar hati untuk mengumumkan laluan baharu terus yang menghubungkan Malaysia dan Kenya. Ini adalah pencapaian yang membanggakan bagi AirAsia selepas kemenangan ke-15 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax, membuktikan misi kami untuk menghubungkan para tetamu ke serata dunia dengan tambang berpatutan. Laluan baharu ini bukan sahaja akan menghubungkan Asia ke Afrika malah berpotensi untuk memperkukuh hubungan dalam sektor pelancongan, perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua benua. Walaupun kekuatan kami adalah di Asia dan Asean, kami terus memasang impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat penerbangan tambang rendah global. Pelancaran laluan ini akan menjadikan kami selangkah lebih dekat untuk membina rangkaian dan peluang di peringkat global.”

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X berkata: “Pengembaraan baharu ke Afrika ini benar-benar mengujakan sejajar dengan pemulihan pertumbuhan ketara AAX pada awal tahun ini. Kami menjangkakan untuk menerbangan lebih 156,000 pengembara tahunan di laluan ini yang akan memperkukuh lagi hubungan dan meningkatkan sektor pelancongan di Malaysia dan Kenya. Laluan ini juga akan menawarkan peluang kesalinghubungan positif ke pasaran utama kami yang lain seperti Australia, China, Korea Selatan, Jepun dan Thailand. Pengembara di seluruh rantau ini kini boleh melakukan perjalanan ke Kenya dengan lebih berpatutan melalui Kuala Lumpur. Malaysia dan Kenya adalah dua buah negara yang memiliki persamaan di mana kedua-duanya adalah negara yang mempunyai berjuta-juta rakyat dan memiliki kekayaan warisan serta pemandangan menakjubkan. Kami berharap untuk terus menawarkan nilai terbaik bagi menyokong pertukaran budaya dan memacu ekonomi antara kedua-dua buah destinasi dinamik ini.”

AirAsia X Nairobi Kenya Afrika

Sempena pelancaran laluan baharu ke Afrika, AirAsia X menawarkan promosi tempat duduk PERCUMA* untuk para penggemar aktiviti lasak dan pencinta alam semula jadi di seluruh dunia. Kini, anda boleh menikmati pengembaraan menakjubkan di Kenya dengan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Nairobi. 

Tempahan tambang promosi ini boleh dibuat melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini sehingga 14 Julai 2024, untuk perjalanan antara 15 November 2024 dan 8 Oktober 2025.

@projektravel Airasia X Nairobi Kenya AirAsia X pada 1 Julai mengumumkan ia akan melancarkan penerbangan dari Kuala Lumpur (KUL) ke Nairobi (NBO), Kenya bermula pada 15 November. Penerbangan 4 kali seminggu dari KUL ke NBO akan menggunakan pesawat Airbus A330-300. #flyairasia #AirAsiaX ♬ Africa Discovery Music - AudioMechanica

Nairobi, ibu kota Kenya, menawarkan pemandangan memukau yang luas terbentang. Ia merupakan destinasi safari yang terkenal untuk melihat hidupan liar seperti Badak Sumbu Putih dan pelbagai jenis fauna di Masai Mara. Selain itu, Nairobi juga merupakan sebuah metropolis yang meriah, menawarkan tarikan budaya yang unik dan hidangan lazat daripada pelbagai budaya dan tradisi. Jangan lepaskan peluang untuk mengalami keajaiban Nairobi dengan promosi istimewa dari AirAsia X ini.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Nairobi (NBO)

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Nairobi (NBO)

*Promosi Tempat DUDUK PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja untuk laluan sehala pada Tempat Duduk Ekonomi dan adalah terhad serta tersedia untuk tempahan awal. Tambang keseluruhan bermula dari RM471 termasuk caj bahan api, cukai dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan