Ticker

6/recent/ticker-posts

Sambut Syawal dengan Meriah: 9 Destinasi Membeli-belah Utama di Selangor

1 Utama Shopping Centre

Menjelang Syawal, kemeriahan membeli-belah adalah antara agenda utama menyambut Hari Kemenangan. Selangor, dengan segala keunikan dan kepelbagaiannya, menawarkan destinasi membeli-belah yang tidak terkira banyaknya, menjadikannya lokasi impian untuk membeli-belah sambil merasai kemeriahan persiapan Hari Raya.

Berikut adalah 9 destinasi membeli-belah terpilih di Selangor yang wajib anda kunjungi untuk memastikan persiapan Raya anda lengkap dari segi fesyen, hiasan dan keperluan rumah!

Mega Mall Shah Alam & Kompleks PKNS, Petaling
Berdekatan antara satu sama lain, kedua-dua pusat beli-belah ini merupakan syurga bagi pencinta fesyen, menawarkan koleksi daripada jenama tempatan hingga antarabangsa. Bukan sahaja pakaian, pelbagai keperluan lain seperti hiasan rumah dan kecantikan juga disediakan. Kedudukannya yang strategik bersebelahan dengan Bazar Ramadan PKNS menjadikannya lokasi yang strategik untuk membeli-belah sambil menikmati suasana Ramadan.

Bazar Raya Sungai Besar, Sabak Bernam
Dibuka dari jam 6.00 petang. hingga 1.00 pagi, Bazar Raya Sungai Besar menjadi tumpuan penduduk Sabak Bernam. Dikendalikan oleh peniaga peniaga kecil, Bazar ini menjual pelbagai jenis pakaian, kuih raya, hiasan raya dan lain-lain dengan harga yang rendah di lebih 150 gerai yang tersedia. Bazar ini malah terkenal dengan gerai Roti Canai Terbang Kari Kambing, sesuai untuk Moreh pada waktu malam! Dilengkapi dengan ruang letak kereta yang luas, pengunjung boleh membawa seisi keluarga dengan selesa! Bagi mereka yang kembali untuk beraya ke Sabak Bernam, jangan lepaskan peluang untuk ke Bazar ini dan membeli-belah buat kali terakhir!

Bazar Raya di Malawati, Kuala Selangor
Bazar Raya Rumpun Selangor di Bandar Malawati Kuala Selangor telah mengumpulkan 50 gerai pada tahun ini daripada pakaian, kuih raya, hiasan rumah dan banyak lagi. Pengunjung boleh merebut peluang untuk memenangi cabutan bertuah dan membawa pulang jongkong emas, motosikal, peti sejuk, televisyen dan juga mesin basuh! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah sempena Aidilfitri di Kuala Selangor!

Wholesale City GM Klang, Klang
GM Klang kembali dengan Bazaar Rioooh Raya serta 40 gerai tersedia sehingga 9 April. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, pembeli boleh merebut promosi daripada pakaian, tekstil, barangan rumah, hiasan rumah dan lain-lain. Rebut peluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM 10,000 dengan pembelian melebihi RM 200.

The Curve, Petaling
Bernostalgia dengan Kiriman Raya di The Curve untuk menyelusuri seni dan budaya Malaysia. Beraya bersama The Curve pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan festival kraf, persembahan tarian Muzikal Raya, aktiviti seni dan kraf untuk kanak-kanak dan banyak lagi! Bagi yang membeli belah di saat-saat akhir, jangan risau! Terdapat 78 jenama yang disediakan seperti Seleksi Akma, Juragan, Psychedelic, Khatam dan lain-lain.

Seksyen 7, Shah Alam
Terkenal dengan jenama- jenama tempatan yang terletak di sepanjang Seksyen 7 di Shah Alam seperti Icahfa, Jovian, Minimalace dan lain-lain, anda boleh dapatkan set lengkap pakaian Hari Raya untuk OOTD Raya anda! Daripada baju raya, tudung, sampin, semua ada di sini dengan harga yang berpatutan. Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tempat ini terkenal walaupun di kalangan penduduk luar Shah Alam.

1 Utama Shopping Centre, Petaling
Lawati Hikayat Sang Perantau yang megah terbina di Pusat Membeli-belah 1 Utama sehingga 14 April 2024. Menekankan budaya Pantai Timur, pengunjung boleh bersiar-siar di sepanjang jeti mock up Kampung Nelayan dan menyaksikan Teater Wayang Kulit dan Pameran Wau. Lebih 41 gerai tersedia tahun ini daripada pakaian, tekstil, aksesori, hiasan rumah, kuih raya dan banyak lagi!

Bangi Sentral, Hulu Langat
Syurga membeli-belah yang telah lama terbina ini adalah tempat yang mesti dikunjungi semasa bulan Ramadan. Terkenal di kalangan pembeli semasa musim perayaan, kawasan ini mempunyai aliran trafik yang tinggi walaupun pada hari bekerja. Daripada baju raya, tudung dan juga aksesori, semuanya ada di sini. Bagi mereka yang merancang untuk membeli-belah di saat akhir, pastikan anda datang awal untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam trafik di Bangi.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai 9 destinasi membeli-belah di Selangor ini yang bukan sahaja menawarkan keperluan percutian tetapi juga pengalaman budaya yang kaya. Daripada fesyen terkini hingga ke kuih raya yang lazat, semuanya boleh didapati dengan mudah di lokasi-lokasi tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Selangor, layari laman web Tourism Selangor di www.selangor.travel atau ikuti media sosial rasmi mereka untuk lebih banyak inspirasi. #DiscoverSelangorThisEid

Catat Ulasan

0 Ulasan