Ticker

6/recent/ticker-posts

Pok Loh Milo Tunggeng ; Pilihan Kedai Sarapan Pagi Di Kota Bharu

Sarapan pagi di Kota Bharu

Pilihan Kedai Sarapan Pagi Di Kota Bharu | Pok Loh Milo Tunggeng merupakan sebuah warung yang wajib kalian singgah untuk bersarapan pagi jika berada di Kota Bharu. Sebuah warung kayu yang menawarkan vibe memori zaman 90-an.

Warung seperti ini cukup popular dipanggil sebagai 'Keda Pati' oleh masyarakat setempat oleh kerana bentuk nya seperti bar dan seakan sarang burung merpati.

Sarapan pagi di kota bharu

Paling unik adalah cara buat air milo nya. Sebab tu jugok warung ni dipanggil sebagai 'Pok Loh Milo Tunggeng'. Jadi, jika kalian ke sini bolehlah cuba sendiri air milo mereka.

@projektravel 📍#PokLohMiloTunggeng . Lokasi sarapan pagi popular di #KotaBharu . Vibe dia lain macam boss. Buat air milo dalam tin susu, Tunggeng milo tok pala sudu. #MakanLokal #Breakfast #KelantanViral #KedaPati ♬ Wau Bulan - ProjekTravel

Warung ni ada menawarkan pelbagai jenis sarapan pagi dan kuih muih tradisi Kelantan. Selain itu, mereka juga ada telur separuh masak sebagai sarapan wajib. Lokasi kedai ni sangat mudah, ianya terletak dibelakang Hotel Perdana Kota Bharu atau korang boleh waze je.

Jadi, bolehla singgah dan bersarapan di Pok Loh Milo Tunggeng ni jika korang berada di Kota Bharu. Semoga artikel mengenai yang kami kongsikan di atas dapat memberi kalian inspirasi & menambah info mengenai lokasi sarapan pagi yang ada di negeri Kota Bharu. Sila kongsi di sosial media kalian untuk manfaat bersama. Selamat cuti-cuti Malaysia di Kelantan. Wassalam.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan