Ticker

6/recent/ticker-posts

Istiadat Berkhatan Di Raja Kelantan Pada Zaman Dahulu

Istiadat Berkhatan Di Raja Kelantan

Istiadat Berkhatan Di Raja Kelantan Pada Zaman Dahulu | Berkhatan sangat sinonim dengan kanak-kanak beragama islam. Berbeza dengan rakyat biasa, majlis berkhatan untuk putera raja dibuat meriah, dan diisytihar antara hari kebesaran dalam negeri.

Di Istana akan ada seorang mudim diraja. Mudim ini hanya berperanan mengkhatankan putera atau kerabat raja sahaja. Semasa upacara berkhatan, putera raja akan diselaputi dengan kain kuning dan acara ini disambut meriah dengan rakyat jelata. 
Menurut Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan, perarakan Perahu Burung Petalawati merupakan salah satu peristiwa bersejarah bersempena Upacara Berkhatan Tengku Long Yunus, Putera Raja Muda Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III pada tahun 1933.
Perarakan Burung Petalawati adalah perarakan Adat yang diadakan ketika upacara berkhatan dan adat istiadat diraja Melayu Kelantan.

Bagi menyempurnakan istiadat atau bersunat itu maka disediakan beberapa persiapan seperti dalam gambar. Di dalam mana-mana. Sebuah puri (bilik) yang munasabah di Istana digantung tabir dan langit-langit kuning yang indah-indah.

Ikuti kami di media sosial:
Facebook : @projektravel https://www.facebook.com/projektravel
Twitter: @projektravel https://twitter.com/ProjekTravel
Instagram : @projektravel https://www.instagram.com/projektravel/
TikTok: @projektravel https://www.tiktok.com/@projektravel

Catat Ulasan

0 Ulasan