Ticker

6/recent/ticker-posts

Traveloka Menawarkan Pilihan Balik Kampung yang Selamat dan Berpatutan


Traveloka Menawarkan Pilihan Balik Kampung yang Selamat dan Berpatutan
Balik kampung seperti Diana Danielle dengan tawaran-tawaran terbaik untuk melancong, menginap dan beriadah melalui Raya Sana-Sini

Setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri di perantauan, Traveloka travel superapp melancarkan 'Raya Sana-Sini' untuk menawarkan rakyat Malaysia peluang merancang perayaan Aidilfitri terbaik mereka tahun ini dengan membolehkan perjalanan yang selamat, lancar dan berpatutan.

Pada ketika rakyat Malaysia kembali menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan orang-orang tersayang pada ketika ini, Traveloka berhasrat untuk membantu semua umat Islam menikmati Hari Raya dengan cara yang selamat, ketika negara beralih ke peringkat endemik.


Pengurus Besar (Malaysia) Traveloka, Angelica Chan berkata, “sudah menjadi kewajiban kami sebagai salah satu superapp pelancongan terkemuka di negara untuk membolehkan semua rakyat Malaysia memanfaatkan perayaan yang akan datang, selepas berpisah daripada ibu bapa dan sanak saudara selama lebih daripada dua tahun. Hari Raya adalah salah satu majlis yang paling diraikan di Malaysia, dan kami berharap melalui superapp kami, kami dapat membantu rakyat Malaysia mencipta kenangan terbaik bersama rakan dan orang tersayang mereka.”

Dengan Diana Danielle sebagai duta rasmi kami, kami ingin memperkasakan setiap pengguna aplikasi superapp kami yang melancong di dalam dan luar negara untuk Balik kampung seperti Diana Danielle – keupayaan untuk menyesuaikan pelan perjalanan dengan keperluan gaya hidup dan pelbagai pilihan tawaran, tidak kira pengangkutan, penginapan ataupun pengalaman gaya hidup seisi keluarga.

“Inovasi adalah sebahagian daripada DNA kami di Traveloka. Salah satu ciri-ciri unik superapp kami ialah kemudahan untuk menempah penerbangan pada syarikat penerbangan yang berbeza dalam perjalanan pergi dan balik. Ini bertujuan untuk memperkasakan pengembara untuk menikmati fleksibiliti dan nilai daripada laluan perjalanan udara pilihan mereka, mengikut keperluan peribadi mereka. Perjalanan pergi dan balik mereka tidak dihadkan kepada sebuah syarikat penerbangan sahaja,” kata Chan.

Chan juga menambah bahawa memandangkan Traveloka berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), tempahan yang dibuat melalui superapp Traveloka layak mendapat pengecualian cukai.

Selain itu, Traveloka Malaysia turut menyambut Ramadan tahun ini dengan mengadakan Meet and Greet bersama duta rasmi Traveloka, Diana Danielle. Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, yang mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan bufet Ramadan hotel tersebut yang popular, berikutan pelonggaran sekatan SOP COVID-19.

Jurucakap Hotel InterContinental Kuala Lumpur berkata, “Di bulan Ramadan yang mulia ini, kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada keluarga dan rakan-rakan yang ingin berkumpul untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan. Ramadan adalah masa istimewa untuk tetamu Muslim kami dan chef kami akan membawa anda ke lorong nostalgia. Sebaran nostalgia menanti dengan Makan Malam Bufet Warisan Kita di Serena Brasserie, dari sekarang hingga 1 Mei 2022. Anda turut dapat menjamu selera dengan resipi yang diwarisi secara turun-temurun oleh chef kami untuk menjadikan pengalaman tahun ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Traveloka untuk menganjurkan Traveloka Raya Sana-Sini dengan Diana Danielle yang glamor sebagai tetamu kehormat. Kami tidak sabar-sabar untuk menggembirakan semua tetamu dengan bufet Ramadan kami yang dicipta khas dan ditawarkan sekali setahun serta menampilkan hidangan istimewa seperti, Nasi Kukus Balqish yang menampilkan Kari Kepak Barramundi dan Rendang Ayam Tok Nek, Pasta Goreng Kawah Cucu Bonda, Kambing Golek 7ujuh Keturunan , Chef Daveed dan Mini Roti John Fikri dan Makanan Laut di Atas Ais.”

“Seiring dengan perayaan itu, kami juga telah melancarkan pakej bilik dengan berbuka puasa dan bersahur, yang digelar “Break-Away”. Biar kami uruskan keperluan anda kerana kami telah menyediakan semua keperluan anda dari senja hingga subuh,” tambah jurucakap itu.

Diana Danielle turut berkongsi pengalamannya sebagai ibu muda dan isteri, merancang perayaan Aidilfitri selepas dua tahun beraya diperantauan. “Ini adalah Raya pertama sejak pandemik di mana semua rakyat Malaysia akan dapat berkumpul tanpa sekatan. Untuk Diana sekeluarga, tahun ini merupakan tahun untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang-orang tersayang. Superapp perjalanan Traveloka membolehkan kami meriangkan lagi pengalaman balik kampung kami serta memberikan pengalaman yang lancar, selamat, mudah dan lebih bernilai untuk setiap Ringgit. Melalui Traveloka, pengguna boleh menempah penerbangan pergi dan pulang dari destinasi mereka dengan syarikat penerbangan berbeza.”

Dari kanan ke kiri: Duta Traveloka Malaysia Diana Danielle, Pengarah (Bahagian Pengiklanan & Digital) Tourism Malaysia Encik Shahrin Mokhtar, Deputy Director General (Planning) Tourism Malaysia Yang Berbahagia Encik Iskandar Mirza Mohd Yusof, and Traveloka Malaysia Country Manager Angelica Chan

“Ini amat penting bagi mereka yang mempunyai keluarga besar dan keluarga yang mempunyai anak kecil dan ibu bapa yang sudah tua. Fleksibiliti dalam jadual, kemudahan dan harga akan benar-benar menjamin pengalaman perjalanan yang indah. Selain itu, dengan menggunakan kod kupon Duit Raya TVLKRAYA550, kami layak mendapat diskaun tambahan sehingga RM120,” tambah bintang skrin besar kesayangan itu.



Catat Ulasan

0 Ulasan