Ticker

6/recent/ticker-posts

Buffet Ramadan Kelantan 2022 : Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Grand Riverview (GRV) Hotel kembali dengan tema "Citarasa Muhibbah" dengan menawarkan lebih dari 120 sajian yang merangkumi pelbagai pilihan gabungan juadah tradisional melayu & antarabangsa.

Buffet Ramadan Citarasa Muhibbah ditawarkan dengan harga RM75 bersih bagi dewasa dan RM45 bersih bagi kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Ia dibuka setiap hari bermula 5 April 2022 hingga 2 Mei 2022.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, GRV Hotel masih mengekalkan menu 'signature' mereka iaitu Kambing Golek dan Nasi Khosari. Antara juadah lain yang menjadi tarikan adalah seperti roti john, chapati, aneka hidangan panggang, pelbagai pilihan kerabu dan salad, aneka pilihan sup, pelbagai pilihan colek, aneka pemanis mulut dan macam-macam lagi.




Selain itu, GRV Hotel juga ada menawarkan pilihan juadah berbuka secara 'hidangan' kepada tetamu yang mencari kelainan dalam pilihan berbuka puasa. Chinese Dome Set Menu ini ditawarkan pada harga RM588 bersih dan RM688 bersih untuk semeja.


Istimewa untuk bulan Ramadan ini, GRV Hotel juga menawarkan promosi penginapan pada harga RM148 bersih sebilik untuk semalam (bilik sahaja) dan RM168 bersih sebilik untuk semalam (termasuk sahur/breakfast) & tawaran diskaun sebanyak 15% untuk Buffet Ramadan. Promosi bermula 3 April 2022 sehingga 30 April 2022.


Kemudahan surau juga disediakan oleh pihak hotel di aras lobi untuk memudahkan tetamu menunaikan solat Magrib dan Isyak pada setiap hari.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi mereka di 09 743 9988 atau 011 26068388

Catat Ulasan

0 Ulasan