Ticker

6/recent/ticker-posts

MUZIUM HIDUP KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU MEMANG MENARIK

Rumah Kampung Budaya Terengganu

Jika datang berkunjung di Negeri Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk ke Kampung Budaya Terengganu (KBT) yang terletak di Muzium Negeri Terengganu. Apa yang menariknya mengenai KBT ini, ia merupakan muzium hidup yang membolehkan pengunjung menyelami sejarah warisan masyarakat dahulu kala secara lansung melalui suasana, persembahan dan penampilan.

Pengunjung yang datang bukan sahaja berpeluang menikmati pengalaman percutian bersejarah berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, malah boleh melihat secara dekat demonstrasi aktiviti tradisi yang diusahakan penduduk tempatan.

Rumah Kampung Budaya Terengganu

Lebih menarik, Kampung Budaya Terengganu ada mempamirkan rumah-rumah lama iaitu rumah tradisional melayu yang sebenar. Terdapat beberapa buah rumah disini dan antaranya adalah Rumah Nelayan, Rumah Bujang Berserambi Selasar, Rumah Bujang Berkembar, Rumah Limas Belanda, Rumah Tele, dan juga Istana Tengku long. Jadi inilah masanya untuk anda lihat dan masuk sendiri ke dalam rumah orang zaman-zaman dahulu.

Rumah Kampung Budaya Terengganu

Setiap rumah, ada demontrasi secara lansung tersendiri. Sebagai contoh, Rumah Bujang Berpeleh ada demonstrasi menganyam, Rumah Limas Belanda pula ada demonstrasi permainan rakyat. Tetapi nasib tak menyebelahi kami semasa lawatan tempohari. Kerana hujan lebat, banyak aktiviti dan demonstrasi tidak dapat dijalankan.

Tapi, ada jugalah pemanis untuk kami kat sini apabila di persembahkan dengan persembahan silat di dalam Istana Tengku Long. Di rumah ini juga sepatutnya ada persembahan gamelan.

Kampung Budaya Terengganu

Antara demonstrasi lain yang boleh anda saksikan di sini adalah seperti pembuatan jala, bubu, keropok, seni dan ukiran khat, kayu, anyaman, wau, gasing, tembikar, tembaga, keris, pameran pakaian tradisional, mencanting batik, memasak bubur Asyura serta persembahan berzanji. Pernah ke korang tengok orang dahulu memasak dalam pasir? Ha.. kat sini korang boleh merasai kembali pengalaman goreng keropok menggunakan pasir.

Kami juga turut berkesempatan untuk cuba memakai busana tradisi orang bangsawan zaman dahulu. Lebih bernasib baik bila kami berpeluang untuk menikmati santapan Kopi dan Telur Power Pak Din yang dibawa khas dari Dungun. Kopi dan telur Power ni di campur dengan pelbagai jenis herba yang mampu memberi tenaga dan membaik pulih kesihatan si peminum. Kalau hari biasa, memang tak dapatlah kalau anda cari kat sini. Jadi kalau anda nak cuba, anda perlu pergi ke Warung Pak Din yang terletak di Dungun.

Kopi dan Telur Power Pak Din Dungun
Nikmati hidangan kopi dan telur herba yang sangat padu.

Untuk pengetahuan korang, Harga tiket asal yang dikenakan adalah RM15 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) rakyat Malaysia manakala warga asing pula dikenakan RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak) sementara warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dikenakan bayaran RM10.

Rumah Kampung Budaya Terengganu

Jangan lupa untuk bergambar kenangan di sebuah kapal ataupun perahu besar di sini. Perahu ini merupakan salah satu khazanah warisan bangsa Melayu yang digunakan sekitar abad ke 18 sehingga pertengahan abad ke 20. Ia dibina di sekitar muara sungai kuala Terengganu dan digunakan untuk tujuan perdagangan.

Semasa lawatan kami pada 10/11/2021 yang lepas, kami masuk ke Kampung Budaya Terengganu tanpa perlu membayar harga tiket. Sempena pembukaan kembali Kampung Budaya Terengganu selepas PKP, kini ia dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung  sehingga tarikh yang akan diberi tahu kelak. 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di sini, anda boleh rujuk di Facebook Page Kampung Budaya Terengganu atau Instagram @terengganuculturalvillage.

Bagi anda yang ingin mendapatkan pakej percutian menarik, boleh hubungi pihak #pinganchorage di laman sesawang mereka : https://www.pinganchorage.com.my/ atau hubungi mereka di nombor dan email berikut.

Ping Anchorage Travel & Tours Sdn. Bhd.
77A, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
Tel : (609) 626 2020
Fax : (609) 626 2022 / 622 8093

Catat Ulasan

0 Ulasan