Sebut sahaja tentang lautan biru terbentang luas, pasir putih, resort-resort cantik sahaja pasti ramai antara kita membayangkan pantai Hawai mahupun Maldives. Naman begitu, tahukah anda bahawa di negeri selatan semenanjung tanah air juga menyimpan khazanah laut yang sungguh cantik!
Baru-baru ini saya sempat bercuti di sebuah Pulau yang terletak di Johor iaitu Pulau Besar. Jika ramai antara kita tahu mengenai kecantikan Pulau Rawa, anda perlu juga tahu Pulau Besar ini juga mempunyai kecantikkannya yang tersendiri.
Cara Ke Pulau Besar adalah dengan menaiki bot yang berharga
lebih kurang RM90 untuk pergi dan balik. Bot akan menjemput dari Jeti Mersing
dan menghantar terus ke jeti Pulau Besar. Sebelum memulakan perjalanan anda boleh makan dahulu di medan selera Jeti Mersing ini kerana semua
makanan dan minuman dijual dengan harga yang amat murah dan berbaloi.
Bergambar di Jeti Pulau Besar
Resort yang terdapat di Pulau Besar
Terdapat beberapa buah
resort yang menarik di sekitar Pulau Besar. Namun saya tertarik untuk mencuba
sendiri menginap di Bayu Lestari Resort. Resort ini masih baru dan mempunyai reka
bentuk yang sungguh unik. Terdapat bilik yang boleh menempatkan 2 orang, 4
orang, 6 orang sehinggalah bangle yang boleh memuatkan 15 orang. Menariknya,
jika dikira-kira, kalau menginap di sini bersama rakan-rakan atau keluarga,
ianya cukup berbaloi kerana anda Cuma perlu membayar lebih kurang RM100 untuk
satu malam termasuk makan dan minum sepanjang berada di sini!
Berehat di Bayu Lestari Resort
Aktiviti yang boleh dilakukan
Selain berehat dan berenang di persisiran pantai. Terdapat
banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya seperti berbasikal
melihat suasana indah di kawasan pulau, bermain layang-layang, selam scuba,
memancing mahupun snorkelling. Saya amat
tertarik dengan vibes pulau besar ini kerana ianya bukan sahaja tenang, tetapi
pantainya cukup jernih dan membiru membuatkan anda boleh melihat hidupan laut
berenang dari atas jeti.
Bersiap untuk aktiviti Scuba Diving
Pulau Tinggi
Selain dari Pulau Besar, saya juga telah cuba untuk
meneruskan perjalan ke Pulau Tinggi di Johor. Pulau Tinggi juga boleh dikatakan
cantik dan lebih murah untuk didiami. Pulau
tinggi merupakan pulau yang paling besar di kawasan Kepulauan Iskandar. Pulau
ini diberi nama Pulau Tinggi kerana ianya mempunyai sebuah gunung yang paling
tinggi di dalam Pulau Tersebut. Terdapat juga air terjun, trek mendaki, hutan
dan tempat tinggal nelayan di pulau ini.
Saya menetap di TAd Marine Resort di pulau ini. Resort ini
menawarkan pelbagai aktiviti seperti berkayak, mendaki dan mandi air terjun,
pemuliharaan dugong, dan sebagainya.
Mandi air terjun di Pulau Besar
Snorkeling di Pulau Mentigi
Malah, terdapat juga pulau kecil berdekatan Pulau Tinggi ini
iaitu pulau mentigi. Pulau mentigi ini merupakan sebuah pulau yang tidak
berpenghuni. Ramai yang selalu menggelar Pulau ini sebagai Pulau Maldives. Cara ke pulau ini ialah menggunakan bot kecil
kerana bot besar tidak boleh melalui pulau ini kerana kawasannya yang penuh
dengan terumbu karang. Bagi saya, Pulau Mentigi ini cukup istimewa kerana
walaupu ianya kecil dan tidak berpenghuni, tetapi kecantikannya mebuatkan anda
seperti berada di pulau fantasi yang cantik memukau.
Pulau Mentigi . Gambar Drone oleh Ujay As Said
Oleh itu, apa kata jika anda pun cuba meluangkan masa bercuti
di Pulau-pulauyang terdapat di Johor kerana ianya juga cukup cantik dan
mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jadi tunggu apa lagi, jom la kita ke
negeri di selatan semenanjung tanah air ini dan nikmati percutian yang
mengagumkan di Negara kita sendiri!
4 Ulasan
perghhh tak pernah pergi gak tempat2 ni...nanti nak plan dengan housemate kat Johor! boleh share link ni kat diorang..hihihi
BalasPadamheeyyy cantik sangat nihhh
BalasPadamLepas raya la p. Macam best je
BalasPadamwahh teringin sangat ke Pulau Mentigi tu. Unik dan tak pernah dengar! Nice article lah!
BalasPadam