Ticker

6/recent/ticker-posts

LUPAKAN PERCUTIAN PULAU, SUNGAI 'IS THE NEW TREND'! EKSTRIM DI KINABATANGAN


Percutian di tebing sungai? Menginap di chalet berlatar-belakangkan belantara yang dibina di gigi sungai? Ya, kamu boleh lupakan seketika percutian yang dihiasi deruan ombak, dan 'indulge' dalam aliran sungai yang tenang, malah alami keriangan ekstrim bersama sang buaya yang bebas berenang!

Kredit foto - Instagram Blogger @emasputih90

Borneo Natural Sukau Bilit Resort yang terletak di persisiran Sungai Kinabatangan bukanlah asing di kalangan pelancong luar negara. Satu-satunya resort mewah yang terbina di celahan belantara tebal taman negara pasti menggamit selera eksotik kamu menginap ditemani haiwan liar cuma dilindungi selapis kayu binaan mewah serta kepingan pintu berkaca terus ke katil empuk kamu!

 Kredit foto - Instagram Blogger @ainyyzain

Kembara 'gila' team Projek Travel kali ini menjengah daerah Sukau Bilit, jauh di hulu Sungai Kinabatangan demi kepuasan lensa dan info buat kamu, sang pengembara tegar! Pilihan inapan selama 3 hari 2 malam di Borneo Natural Sukau Bilit Resort nyata begitu memuaskan dan kami senaraikan sebab WAJIB resort ini perlu menjadi pilihan kamu untuk destinasi kembara mahupun berbulan madu seterusnya!

1. Wildlife, natural, eksotik!

Ya, pernah terbayang menginap di tepi sungai yang dipenuhi buaya liar? Di sinilah tempat paling ideal untk memuaskan nafsu eksotik kamu! Pastinya selamat, kamu bakal terserempak dengan sang buaya yang berenang bebas mahupun bersantai di tepian sungai! Awas, mandi sungai DILARANG sama sekali di sini!

Kredit video YouTube - Blogger @hasifhamsyari

2. Resepsi masuk istimewa, layanan istana, penginapan mewah!

Kamu akan disambut dengan minuman ringan diiringi alunan muzik tradisi Borneo semasa mendaftar masuk. Malah, keseluruhan staf akan menyapa dan berkenalan dengan kamu sebelum mengiringi ke kamar mewah berbumbungkan belantara tebal yang turut didiami hidupan liar lain, fuh ekstrim? Teruskan membaca 'point' seterusnya untuk pengalaman lebih ekstrim!




Kredit foto - Instagram Blogger @hasifhamsyari @ainyyzain @penaberkala @mfuad_mnoor

3. Aktiviti wajib, River Cruise - dan bertemu dengan hidupan lain di sini!

Silver Leaf Monkey, Proboscis Monkey, sang Gajah, beruang liar, kucing hutan, ular paya bakau, sehinggalah ke sang buaya - segalanya mungkin di sini! Selusuri sepanjang Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam dengan bot khas yang disediakan oleh pihak resort dan alami sisi bebas fauna - jangan lupa bawa binokular kamu!

 Kredit foto - Instagram @mfuad_mnoor

Kredit foto - Facebook Borneo Natural Sukau Bilit Resort

4. Night Walk - kembara ke dalam taman negara dan temui hidupan liar yang aktif di waktu malam!

Ayuh, cabar diri kamu dengan mengembara di bawah cahaya bulan dan bintang! Paling mengujakan, alami rasa taburan bintang malam di atmosfera ungu di sebuah kawasan lapang yang terdapat di trek kembara. Lipan, lelabah, kucing hutan, burung enggang dan pelbagai lagi menanti kamu - dengan tatapan 'mata merah'!

Kredit foto - Facebook Borneo Natural Sukau Bilit Resort

5. Berhibur dalam acara kebudayaan bersama kakitangan resort!

Malam paling 'happening' saban minggu, aktiviti tarian bersama krew resort selain tetamu luar negara yang turut menginap di sini! Acara yang diadakan usai makan malam di ruang terbuka (jangan risau bab nyamuk, memang tiada!), turut diserikan dengan nyanyian lagu popular tempatan. Inilah masanya untuk kamu melakukan 'social networking'! Mana tahu ada jodoh?

Kredit foto - Facebook Borneo Natural Sukau Bilit Resort

Nak rasai pengalaman seperti kembara 'gila' Projek Travel?

Harga untuk Pakej 3D2N - River Safari:
Dorm - RM385 seorang
Cottage - RM477 seorang (perkongsian duo)
Deluxe - RM530 seorang (perkongsian duo)

Harga termasuk:
Pengangkutan pergi/balik Hotel Sandakan (pick-up point)
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan - serius mewah!
Makan dan minum sepanjang penginapan

Tempahan:
 Tel +608 921 8372 atau +6017 927 9128 (Fred)

Laman web:

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. sesekali bercuti di sungai pun best jugak tau! dah lah resort cantik, suasana damai, air sungai tenang tapi jangan disangka tiada buaya. hahaha. kalau takde buaya tu ainy dah mandi dah kat situ haritu. simpan impian mandi sungai kat tempat lain lah pulak.

    BalasPadam
  2. Bestnya kan dapat bercuti kat tempat-tempat yang menarik macam kat situ. Terima kasih atas perkongsian itu

    BalasPadam
  3. wahhh..menarik ni...boleh masuk dalam travel list

    BalasPadam