Sudah 3 tahun berturut-turut kami dapat menikmati kehangatan di Night Of Fright yang berlangsung di Sunway Lagoon Malaysia. Apa yang membezakan pengalaman kami pada tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya adalah masa lawatan kami. Kalau sebelum ni kami melibatkan diri pada hari perasmian NOF5 bersama-sama media lain, kali ni kami pergi pada tarikh berbeza iaitu lewat seminggu dari tarikh perasmian.
Untuk pengetahuan korang, tahun 2017 ni merupakan tahun ke 5 penganjuran Night Of Fright di Sunway Lagoon. Kembalinya NOF 5 ini akan membawa korang kepada tarikan baru dan pengalaman serta beberapa memori kegemaram seram klasik untuk menguji keberanian korang.
Seperti contoh kembalinya hantu klasik yang sering kita takuti pada zaman kanak-kanak mahupun sekarang seperti Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse dan Horrorwood Studios. Bagi sesiapa yang ingin mencabar tahap keberanian diri tukorang harus pergi ke NOF 5.
Seperti tahun-tahun sebelum ni, anda pasti akan disambut oleh si penjual darah. Yang pasti satu bag darah yang dijual tu boleh diminum oleh manusia biasa ya. hehe. Dengan harga RM15 korang boleh menikmati minuman yang kononnya darah tu ya.
Memandangkan ini merupakan kali ke 3 kami ke Night Of Fright, sudah semestinya tahap keberanian pun makin tinggi. Jadi tugas utama kami semestinya mencari hantu-hantu yang berlegar di bahagian luar rumah hantu di sekitarnya.
The Island of the Dolls, merupakan tarikan yang harus korang tempuhi. Ia merupakan replika tarikan pelancong yang tidak disengajakan di Mexico yang dipenuhi dengan anak patung yang menyeramkan. *paling extreme okay
Untuk pengetahun korang, Night Of Fright ini berlangsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 7 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017. Pintu akan dibuka dari pukul 7:30 petang sehingga 11:30 malam.
Tiket untuk seorang dewasa berharga RM64. Untuk maklumat lanjut korang boleh terus lawati laman sesawang mereka di https://sunwaylagoon.com/ atau https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
0 Ulasan