Ticker

6/recent/ticker-posts

NEGARA YANG RAKYAT MALAYSIA BOLEH LAWATI TANPA VISA

Sebagai rakyat Malaysia, negara berdaulat yang mempunyai reputasi yang baik di dunia, kita pemegang passport Malaysia sememangnya bertuah kerana boleh masuk ke banyak negara lain tanpa perlukan visa. Pada tahun 2017, rakyat Malaysia bebas untuk melawat 153 negara tanpa visa.

Apa yang perlu jelas di sini adalah perbezaan antara PASSPORT dan VISA. Passport merupakan buku pengenalan identiti yang bertindak sebagai kad pengenalan di luar negara. Manakala Visa pula adalah dokumen kebenaran untuk memasuki sesebuah negara yang ditampal/lekat dalam passport tersebut.

Sample Visa Malaysia_ foto visacentral.sg

Untuk lebih jelas, passport diperlukan untuk memasuki semua negara, dan visa pula hanya diperlukan untuk negera-negara tertentu sahaja.

Sebagai contohnya disini, pelancong dari Malaysia yang mahu ke Thailand tidak memerlukan visa. Sebaliknya jika beliau ingin ke negara China, beliau perlu memohon visa. Ini kerana kerajaan China mengenakan visa ke atas rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke negaranya, tetapi negara Thailand tidak. Satu lagi contoh, United Kingdom (UK) tidak memerlukan visa dari rakyat Malaysia tetapi lain pula halnya dengan rakyat Indonesia, mereka perlu memohon visa untuk memasuki UK.

Untuk melihat senarai lengkap yang terkini negara bebas visa untuk rakyat Malaysia, anda boleh semak secara langsung di Passport Index . Senarai yang dikeluarkan ini lebih terperinci dan mudah difahami. Senarai disusun mengikut kategori Free Visa, ETA (Electronic Travel Authority) dan VOA (Visa On Arrival).

Selamat bercuti kami ucapkan!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah enak sekali jika keliling dunia keluar negri tanpa pakai visa (bebas) salam kenal.

    BalasPadam
  2. Jom.....kita jalan....cuti dah dekat ni. Cari akan di golok.

    BalasPadam