Ticker

6/recent/ticker-posts

TARIKH CUTI PANJANG TAHUN 2018


Siapa kat sini suka tengok kalendar dan check tarikh-tarikh cuti umum (public holiday)? Yeay, kita gang! Penting untuk kita tahu bila tarikh cuti umum especially musim-musim perayaan. Bukan apa, mudah nak book tiket balik kampung dan merancang perjalanan sebaik-baiknya. Untuk kaki travel, semestinya tarikh-tarikh cuti umum dan cuti panjang inilah yang akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk travel keliling dunia. Bila dah rancang awal-awal, boleh book tiket pada harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan harga tiket di saat-saat akhir. Jadi, untuk menjimatkan kos travel, kenalah bijak membuat perancangan.



Untuk perkongsian kali ini, kami di Projek Travel akan berkongsi tentang tarikh cuti panjang untuk tahun 2018. At least, dapat membantu korang semua dalam membuat perancangan dalam pembelian tiket flight dan sebagainya. Cekidout!


Cuti Panjang Tahun 2018


TIPS: Apply cuti untuk tarikh yang berwarna biru!

SENARAI CUTI 2018


JANUARI 2018

1 Januari 2018 (Isnin)
Cuti Tahun Baru 
Cadangan bercuti: 30 Disember 2017 - 1 Januari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari

31 Januari 2018 (Rabu)
Cuti Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 - 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari


FEBRUARI 2018

1 Februari 2018 (Khamis)
Hari Wilayah
Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Cadangan bercuti: 31 Januari 2018 - 4 Februari 2018
Tempoh bercuti: 5 hari

16 Februari 2018 (Jumaat)
Tahun Baru Cina
Cadangan bercuti: 16-18 Februari 2018
Tempoh bercuti: 3 hari


MEI 2018

1 Mei 2018 (Selasa)
Hari Pekerja
Cadangan bercuti: 28 April 2018 - 1 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

29 Mei 2018 (Selasa)
Hari Wesak
Cadangan bercuti: 26-29 Mei 2018
Tempoh bercuti: 4 hari


JUN 2018

15 Jun 2018 (Jumaat)
Hari Raya Puasa
Cadangan bercuti: 15-17 Jun 2018
Tempoh bercuti: 3 hari


OGOS 2018

22 Ogos 2018 (Rabu)
Hari Raya Haji
Cadangan bercuti: 22-26 Ogos 2018
Tempoh bercuti: 5 hari

31 Ogos 2018 (Jumaat)
Hari Kebangsaan
Cadangan bercuti: 31 Ogos 2018 - 2 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari


SEPTEMBER 2018

11 September 2018 (Selasa)
Awal Muharram
Cadangan bercuti: 8-11 September 2018
Tempoh bercuti: 4 hari


16 September 2018 (Ahad)
17 September 2018 (Isnin)
Hari Malaysia
Cadangan bercuti: 15-17 September 2018
Tempoh bercuti: 3 hari


NOVEMBER 2018

6 November 2018 (Selasa)
Deepavali
Cadangan bercuti: 3-6 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari

20 November 2018 (Selasa)
Maulidur Rasul
Cadangan bercuti: 17-20 November 2018
Tempoh bercuti: 4 hari


DISEMBER 2018

25 Disember 2018 (Selasa)
Krismas
Cadangan bercuti: 22-25 Disember 2018
Tempoh bercuti: 4 hari



Amacam, best tak dapat cuti panjang macam ni? Kalau korang betul-betul follow jadual cuti seperti yang dicadangkan, korang hanya perlu guna 10 hari cuti untuk menikmati cuti panjang bagi tahun 2018. Bagi kami, kami akan tambah lagi cuti especially untuk raya Aidilfitri dan raya Aidiladha. Korang dah ada plan travel untuk tahun 2018? Apa tunggu lagi, cepat-cepat plan dan grab tiket flight ke destinasi idaman anda! 


Semoga bermanfaat!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Akak buat tak faham ayat perenggan akhir...nanti masuk mimpi nak round dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mah boleh plan ikut cuti sekolah la dih? hehehe.
      Syioknya pi travel merata :)

      Padam