Ticker

6/recent/ticker-posts

TIPS DAN SENARAI SEMAK SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG

PERIKSA KENDERAAN ANDA SEBELUM PULANG KE KAMPUNG | Assalamualaikum semua. Hari ini semakin ramai warga kota mula meninggalkan rumah untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing untuk menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal disambut pada hari Ahad ini. Ada yang menuju ke Utara, Selatan, Pantai Timur dan tak kurang ada juga yang menuju ke Ibu kota kerana keluarga di sana.

Tips Dan Senarai Semak Sebelum Memulakan Perjalanan Pulang Ke Kampung
Senarai semak pemeriksaan kenderaan

Walau di mana jua destinasi anda, pastikan aspek keselamatan perlu dititikberatkan terutama yang bakal menempuh perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang panjang. Ini kerana faktor kenderaan meningkat di jalanraya dan akan menjadikan perjalanan anda melebihi dari tempoh yang sepatutnya sehingga ada yang mencecah sehingga 15 jam.  Jadi sebelum memulakan perjalanan, sila pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik bagi melancarkan perjalanan.

SENARAI SEMAK UNTUK PEMERIKSAAN KENDERAAN

🚗 Tayar
🔧 Tekanan tayar adalah mencukupi
🔧 Bunga tayar dalam keadaan yang baik (tidak merekah atau menggelembung)
🔧 Telah membuat Alignment & Balancing
🔧 Tayar ganti dalam keadaan baik

🚗 Lampu
🔧 Pastikan semua lampu (lampu isyarat, lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek ketiga) dalam keadaan baik dan berfungsi

🚗 Bendalir
🔧 Pastikan inyak pelincir, minyak brek, air bateri, air wiper, air radiator berada di paras yang tepat

🚗 Lain-lain
🔧 Periksa tahap penyejukan kenderaan
🔧 Periksa sekitar radiator & hos untuk mengesan sebarang kebocoran
🔧 Periksa bonet kereta dan pastikan ada kit keselamatan dan alat penyelenggaraan asas


TIPS SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

✔ Menyediakan alatan GPS bagi membantu mencari jalan alternatif (jika perlu)
✔ Smart TAG disediakan dan mempunyai bateri yang mencukupi untuk mengelakkan beratur di plaza tol
✔ Touch N' Go mempunyai baki yang mencukupi kerana laluan Tambah Nilai telah ditutup di semua lorong Tol
✔ Charger telefon atau powebank untuk memastikan bekalan bateri telefon anda mencukupi jika ada berlaku kecemasan
✔ Mengisi minyak penuh bagi mengelakkan kehabisan minyak semasa perjalanan pulang.
✔ Pastikan pemandu mempunyai rehat yang cukup dan berhenti jika berasa penat dan mengantuk.


Semoga dengan adanya tips dan senarai semak ini, dapat sedikit sebanyak membantu anda melancarkan perjalanan. Jangan lupa untuk merancang perjalanan anda dan sentiasa mendengar Info Trafik yang disediakan di Radio atau Televisyen untuk memudahkan perjalanan anda menuju ke destinasi masing-masing. Semoga anda selamat sampai ke kampung halaman dan beraya bersama yang tersayang. 

Salam Aidilfitri dari kami Team Projek Travel



Catat Ulasan

1 Ulasan